SEORANG penghuni desa, Erik Andesra mencari ibunya selama empat hari yang hilang bersama rumah mereka. Akhirnya selepas dia mengupah jentolak untuk mengali banjir lumpur, ditemuinya ibunya sudah menjadi mayat dalam keadaan lengkap bertelekong.

Ibu meninggal dunia akibat rumah mereka di Acheh terbabit dalam banjir lumpur setinggi bumbung rumah. Hati anak berkecai kerana itulah dakapan terakhir seorang ibunya dalam keadaan sedang tidur lena.
Ini adalah antara kisah yang meruntumkan jiwa netizen dan sejarah banjir lumpur dan arus deras bersama sisa balak yang mencatatkan antara sejarah pahit selepas tsunami melanda Acheh pada 2004.
Ini adalah antara peristiwa sedih yang sering kita dengar di sebalik kejadian banjir, ada jiwa yang yang hilang dan anak-anak yang masih hidup bertungkus lumus mencari sisa keluarga yang masih hidup.


Ada satu kisah lagi, seorang suami, Rezi Saputra yang tergesa-gesa pulang ke rumah dan meminta isterinya membawa anak-anak mereka menaiki kereta ke tempat selamat dan suami itu akan menguruskan keadaan di rumah mereka yang sedang dinaiki air banjir.
Ibu itu, Ratna Wati, 32 tahun, berkata suaminya secepat kilat pulang ke rumah mereka memberitahu sungai di belakang rumah mereka sudah melepasi paras tebing sungai itu.
"Dia memeluk saya sambil berpesan agar membawa anak-anak ke tempat selamat kerana dia perlu menjaga rumah mereka. Ratna percayalah abang, bawa anak-anak ke kereta dan kamu semua harus selamat." katanya yang bukan saja kehilangan suami malah kakak iparnya, Maryulis turut lemas.
Dalam kejadian pada 26 November 2025 di Padang Panjang Sumatera Barat, Ratna ingat lagi bila suaminya balik dari pejabatnya mengarahkan kemaskan pakaian dan meninggalkan rumah dengan menaiki kenderaan sementara suaminya menjaga rumah daripada dinaiki air.

Ketika kejadian pada 26 November, 2025 itu Ratna sedang menguruskan empat anaknya di rumah dan tiba-tiba suaminya tergopoh-gapah masuk ke rumahnya dengan memberitahu sungai di belakang rumah mereka sudah melepasi paras tebing sungai itu.
"Dia memeluk saya sambil berpesan agar membawa anak-anak ke tempat selamat kerana dia perlu menjaga rumah mereka. Ratna percayalah abang, bawa anak-anak ke kereta dan kamu semua baru selamat.
"Selamatkan anak-anak kita," itulah kata terakhir yang menjadi kenangan seumur hidup Ratna.
Katanya, jenazah suaminya dan kakak iparnya akhirnya ditemui tidak jauh dari rumah mereka di Lurah Silaing Bawah dan dapat dikebumikan bersama selepas zuhur.


Kisah hampir sama juga apabila seorang suami mengalunkan azan sehingga "hilang" suara mencari mayat isterinya.
Walaupun orang kampung menasihatkannya supaya berhentilah melaungkan azan itu lelaki berkenaan berkeras sehingga dia akhirnya menemui mayat isterinya selepas beberapa hari kemudian.
Kata lelaki itu, dia melaungkan azan kerana seruan solat selepas subuh itulah yang membangunkan orang Islam untuk bersolat dan dia yakin azan itu akan menemukan dia dengan isterinya yang hilang.
Seorang lelaki lain yang dikenali sebagai Abdul Ghani dipetik oleh portal Inilah.com pula membawa gambar isteri ke sana. Sini bertanyakan orang ramai menemui isterinya yang hilang.
Abdul Ghani sampai ke rumah pada 29 November dan mendapati rumahnya sudah tertimbus. Dia pengsan kerana isterinya turut hilang.
"Pak, biarpun sepotong tangan pun tak ape. Saya sudah kehilangan rumah dan isteri juga. Rasanya saya tidak ada gunanya untuk hidup lagi."

Manakala dalam kisah yang agak aneh, penduduk di kampung Sibolga pula menyifatkan perbuatan lima lelaki yang mendera seorang perantau yang dikatakan anak yatim dikenali sebagai Arjuna sehingga mati menjadi bala daripada Allah.
Ada laporan media Indonesia berkata lima pendera itu memukul Arjuna yang singgah bermalam di masjid kampung itu sehingga menghembuskan nafas terakhirnya sebelum dilanda banjir.
Itu disifatkan sama dengan kisah pedoman dalam al-Quran yang menyebut Arjuna itu sebagai "malaikat" untuk menguji penduduk berkenaan.

Setakat ini dilaporkan lebih 836 penduduk maut, 518 lagi hilang dan lebih sejuta dipindahkan termasuk empat kampung hilang dalam sekelip mata.
Sementara itu, ulama terkenal di Indonesia, Ustaz Abdul Somad menegur segelintir orang merosakkan alam sekitar negara dengan membalak tanpa terkawal.
Beliau kesal dengan sesetengah mereka yang membalak tanpa terkawal merosakkan seluruh alam sekitar. "Yang turun bukan hujan tapi kayu. Allah SWT tidak menurunkan kayu tapi hujan yang menumbohkan kayu.
Dia sangat marah dan mengaku enggan mengetuai solat istiqomah untuk minta hujan kerana yang terbabitkan solat itu adalah tangan-tangan yang menebang dan membakar hutan tu.
"Mereka yang memotong (membalak) ini lebih teruk daripada Yahudi," tegas Ustaz Abdul Somad. - KitaReporters