Insan & Komuniti 15 Dec, 2022

Mek! Dok molek, jaga diri baik-baik! Pesan bekas imam kepada isterinya! Sebelum mati lemas di sungai!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

ALLAHYARHAM ZAKARIA MAT NONG


"MEK dok (tinggal) molek di rumah, jaga diri baik-baik dan antara kita ini mungkin ayah mati dulu (dahulu) daripada mek.’’

 Itu pesanan terakhir bekas Imam Masjid Beris Tok Ku, Setiu, Terengganu, Allahyarham Zakaria Mat Nong, 71, kepada isterinya sebelum mayatnya ditemukan mati lemas di Sungai Kampung Fikri pada 10.57 pagi  Selasa 13 Disember 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berkaitan kejadian mati lemas

ZAKARIA bersama Khalthum Jusoh


Allahyarham berkata demikian kepada Khalthum Jusoh, 65, ketika kakinya melangkah turun dari rumahnya untuk pergi menjala ikan di Kampung Fikri pada  pukul kira-kira 2.30 petang 12 Disember 2022 lalu.

Ucapan kata-kata itu seolah-olah membayangkan bahawa Zakaria mengetahui dirinya akan pergi untuk selamanya pada hari tersebut dan ia telah menimbulkan kerisauan di hati Khalthum  yang kini sedang mengidapi penyakit strok sambil dia menjawab.

"Mana mungkin, sepatutnya mek mati dahulu sebab mek sedang sakit," ujarnya yang membahasakan dirinya sebagai mek manakala ayah adalah panggilan mesra bagi Zakaria.

Selepas itu, Zakaria tidak berkata apa-apa lalu bertolak dengan keretanya untuk pergi menjala ikan di tali air berdekatan dengan kolam udang di kampung tersebut  dan semasa pemergian suaminya, fikiran Khalthum sentiasa bercelaru di kepalanya.

Ia kadang-kadang dadanya berdebar kerana bimbang kejadian buruk akan menimpa ke atas Zakaria disebabkan perangainya terlalu ganjil ketika pergi menjala pada hari itu berbanding sebelum ini.


MAYAT Zakaria ditemui di Sungai Kampung Fikri pada 10.57 pagi 13 Disember 2022, selepas dibawa arus sejauh 1.7 kilometer dari lokasi kejadian. - Kredit foto : BBP Jertih 


"Hari itu (12 Disember 2022), dia (Zakaria) memakai baju baharu sedikit, seluar baharu dan kopiah pun baharu juga sedangkan kebiasaannya jikalau dia pergi menjala ikan sudah pasti dia akan pakai baju serta seluar yang buruk-buruk atau lusuk.

"Bukan setakat itu sahaja perangainya amat pelik, dia juga  dilihat termenung-menung beberapa minit di atas kerusi  sebelum turun dari rumah,’’ ujar Khalthum. 

Hal ini telah diceritakan oleh adiknya, Marlina @ Sueffia Abdul Ghani, 48, yang berkata beberapa hari sebelum kejadian boleh dikatakan perangai serta tingkah laku arwah banyak berubah.  

‘’Ia termasuk makan minumnya begitu berselera berbanding sebelum itu makan nasi tidak selera dan sup kambing pun saya tolong masak kerana arwah beria-ria hendak makan sup kambing,’’ katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Saujana pada 14 Disember 2022. 


CIK MARLINA @ SUEFFIA ABDUL GHANI


Dalam kejadian pada pukul kira-kira 5.30 petang 12 Disember 2022, warga emas itu dikatakan seorang diri pergi menjala ikan di tali air tersebut.

Tiba-tiba Zakaria terjun ke dalam tali air sedalam 2.5 meter disyaki untuk membuang kayu yang tersangkut pada jalanya dan selepas itu dia dilihat tidak muncul di permukaan air lagi lalu warga emas itu dipercayai lemas.

Seorang penduduk kampung secara kebetulan melihat kejadian tersebut telah menghubongi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Setiu.


SEUTAS jala yang masih terdapat seekor ikan dipercayai milik Zakaria dijumpai di lokasi kejadian di Kampung Fikri, Setiu, Terengganu. -  kredit foto : Media Sosial


Serentak dengan itu, BBP Daerah Setiu telah melakukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada pukul 7 petang  dengan kerjasama BBP Jertih, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Setiu dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Setiu.

Namun, mayat bekas imam masjid itu ditemukan pada pukul 10.57 pagi 13 Disember 2022 di Sungai Kampung Fikri sejauh 1.7 kilometer daripada lokasi kejadian.



Mayat mangsa dipercayai dibawa arus deras dari tali air ke sungai tersebut apatah lagi sekarang  musim hujan.

Marlina memberitahu, tiga hari sebelum kejadian, arwah Zakaria telah memberi sehelai kain pelaikat baharu kepada seorang anak lelakinya yang berumur 12 tahun.

"Apabila saya bertanya, buat apa bagi kain pelaikat kepada anak saya, arwah berkata kain buat kenangan sekiranya dia mati, anak saya boleh tengok kain itu,’’ ujarnya yang merupakan adik beradik seibu dengan Zakaria tapi bapa berlainan. - KitaReporters



11
5
0
16
0
You will be interested