Insan & Komuniti 16 Mar, 2023

Nak belajar mengaji! Rumah Ngaji Khadijahtul Kubra sedia bantu! Atas sokongan Mohd Said Mat Saman!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


RUMAH Ngaji Khadijahtul Kubra yang di bawahnya Mahaad Tahfiz Khadijahtul Kubra Lil Banat, Beranang, Selangor ditubuhkan sejak Mei 2022 dalam usaha memupuk masyarakat berinteraksi dengan al-Quran iaitu membaca, faham dan amal sejak masih kecil lagi.

Timbalan Pengerusinya, Mohd Basori Umar, berkata operasi dua pusat pengajian agama itu akan berjalan serentak, iaitu mahaad tahfiz berkenaan yang tumpuannya kepada menghafal manakala rumah ngaji lebih kepada membaca al-Quran dengan membabit pelajar bermula usia lapan tahun.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan rumah-rumah ngaji

Mohd Said Mat Saman memotong riben merasmikan Rumah Ngaji Khadijahtul Kubra sambil disaksikan Mohd Basori Umar.


Menurutnya, selepas dibuka rumah ngaji itu mendapat sambutan serta sokongan amat baik daripada masyarakat sekitar khusus ibu bapa bagi menghantar anak mereka untuk belajar mengaji dan secara tidak langsung menerap nilai mulia daripada penghayatan surah yang dibaca.

“Ini juga akan melahirkan generasi yang celak al-Quran dan seterus mampu menghafal surah dibaca apabila mendapat pengajaran dan pendedahan sejak kecil lagi sebelum melangkah ke alam persekolahan termasuk memasuki sekolah agama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian rumah ngaji berkenaan yang disempurnakan oleh tokoh aktivis masyarakat yang juga ahli perniagaan, Dato’ Mohd Said Mat Saman pada 9 Mac 2023. Rumah ngaji itu terletak yang dalam bangunan serta kemudahan di Dataran Dato’ Mohd Said, Rinching Tengah, Beranang, Selangor. 

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Azman Rasman; Pengerusi Pusat Jagaan Nur Hasanah, Mohiadin Bahado; Pengerusi Pusat Jagaan Insan, Mohd Syafiq Mohiadin; Ahli Jawatankuasa Sahabat Hospital Selangor Cawangan Kuala Langat, Suhaizam Mohd Kassim; dan Penggerak Rumah Ngaji berkenaan, Azilawati Mat Nuar.


Mohd Said dan Siti Hawa beramah mesra dengan murid Rumah Ngaji Khadijahtul Kubra.


Mohd Said dalam ucapan pada majlis itu, berkata dia terpanggil untuk mengizinkan satu lot bangunan di dataran berkenaan dijadikan rumah ngaji apabila mendapati program mengaji itu berkait dengan kehidupan sebagai orang Islam mesti membaca, menghayati serta mengamal al-Quran.

Tambahnya, sebagai pemilik dataran itu beliau akan turut memantau perjalanan rumah ngaji berkenaan supaya menepati objektif penubuhannya selain mengingatkan murid yang mengikuti kelas mengaji supaya tekun belajar dan menimba ilmu.  

“Saya amat berbangga dan memuji usaha murni yang dilakukan pihak pengurusan rumah ngaji dan juga mahaad tahfiz mengambil inisiatif menubuh kelas mengaji itu yang akan menjurus kepada menghafal pula,” ujarnya. 


Sebahagian murid Rumah Ngaji Khadijahtul Kubra yang turut terbabit dalam kempen 'World QuranHour' merakam kenangan bersama-sama Mohd Said dan isterinya Siti Hawa (tengah) serta tetamu jemputan pada majlis perasmian rumah ngaji itu pada 9 Mac 2023.


Sementara itu, Azilawati berkata, antara objektif penubuhan rumah ngaji itu ialah untuk melahirkan hamba Allah dan umat Nabi Muhammad SAW yang berkualiti dalam pembacaan al-Quran terutama dari segi makhraj serta hukum tajwid.

Jelasnya, serentak itu juga rumah ngaji berkenaan yang terletak di dataran itu akan diusahakan untuk menjadi pusat dakwah terbesar bagi kawasan sekitar terutama apabila mendapat kerjasama yang baik daripada Mohd Said yang ingin melihat pengembangan syiar Islam di kawasan berkenaan. - KitaReporters


Mohd Said dan Siti Hawa menyampaikan cenderahati kepada murid-murid rumah ngaji berkenaan.

19
22
0
9
0
You will be interested