Insan & Komuniti 29 Aug, 2023

Tolong kami! Bantu PPIM! Rayuan bantuan sara hidup Zaidi Rasmin! Alami kecederaan teruk pada kaki!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Mungkin sukar untuk insan yang seringkali menikmati hidangan enak siang dan malam tanpa perlu risau tentang catuan makanan untuk keluarga pada hari-hari mendatang memikirkan realiti dan nasib mereka yang berhempas pulas berjuang mencari rezeki di jalan raya.

Ziarah PPIM dan Persatuan Kebajikan E-Hailing (PKEH) serta Gabungan E-Hailing Malaysia (GEM) kali ini sangat menyentuh sanubari kami dengan keadaan Zaidi Rasmin yang meniti hari kesembuhannya supaya dapat menyara keluarga kembali. 

Beliau adalah seorang duda berumur 43 tahun dan mempunyai 3 orang anak.

Bekerja sebagai pemandu e-hailing tentu ada risikonya. Tidak terlepas, Zaidi yang turut menerima ujian terlibat dengan kemalangan jalan raya. 


https://sumbangan.com/bantuzaidipemanduehailing


Kesan kemalangan tersebut mengakibatkan tulang paha dislocated (tercabut) dari soket dan menyebabkan bahagian dinding soket pada tulang pinggul pecah. 

Ia juga memberi kesan kepada saraf kaki kanan yang tidak boleh bergerak secara normal. Beliau juga mengalami retak tulang rusuk.

Doktor menjangkakan tempoh pemulihan sekitar 6 bulan atau lebih sehingga beliau boleh berjalan secara normal semula. 

Memandangkan beliau adalah ketua keluarga yang perlu menampung 3 orang anak, tempoh pemulihan ini menjadi hari yang amat sukar buat beliau. 

Tidak bekerja dan tiada pendapatan bulanan sedangkan ada komitmen yang perlu dilunaskan.



Kita mungkin terlepas pandang. Sedang kita menikmati waktu santai bersama keluarga di rumah, usah dilupa mereka yang berjuang meneruskan hidup. 

Justeru, sedikit sumbangan daripada anda semua diharap mampu menyelesaikan sedikit permasalahan yang beliau hadapi sehingga beliau pulih seperti sediakala.

Meskipun redha dengan keadaan dirinya, namun jauh di sudut hati Zaidi dapat kami selami. Ayuh kita bantu meringankan beban yang beliau hadapi!

Jom ramai-ramai menyumbang di https://sumbangan.com/bantuzaidipemanduehailing. - KitaReporters/Kenyataan Media


16
11
0
13
0
You will be interested