Insan & Komuniti 28 Aug, 2023

Tolong kami! Bantu PPIM! Ambil peduli nasib dua keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Tragedi nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos 2023 lalu, telah menjadi titik hitam dalam industri penerbangan yang menggemparkan seluruh negara. 

Dari sepuluh orang mangsa yang terkorban, dua daripadanya adalah pejuang di jalanan yang mencari rezeki sebagai pemandu E-hailing dan penunggang P-hailing. 


https://sumbangan.com/tragedinahaselmina


Tiada siapa dapat menduga takdir yang tertulis, Allahyarham Sharipudin Shaari, 53, telah meninggalkan isteri, iaitu Suriana Muda, 43, dan dua orang anak yang masih bersekolah iaitu Muhammad Sharul Izuan, 16, dan Nur Izzara Arissya, 9, buat selama-lamanya.

Beliau adalah pejuang di jalanan yang bekerja sebagai pemandu e-hailing dan pencari nafkah tunggal untuk keluarga. 

Beliau yang secara kebetulan melalui tapak nahas, maut apabila kereta yang dipandunya dihentam oleh pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas.

Kini, Suriana kehilangan tempat bergantung harapan. Tiada lagi gurauan manja sang suami. 

Gundah gulana sentiasa menjengah memandangkan beliau adalah suri rumah sepenuh masa sementara kediaman yang diduduki ketika ini adalah kediaman sewa. 

Meniti hari-hari mendatang yang sangat sukar, menuntut beliau segera memikirkan masa depan bersama anak-anak yang masih bersekolah.



Begitu juga takdir yang menimpa kepada Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, juga seorang pejuang jalanan yang bekerja sebagai penunggang P-hailing. 

Beliau merupakan anak sulung daripada lima adik beradik, yang menggalas tanggungjawab besar dalam keluarga. 

Beliau tidak pernah culas mengirimkan duit belanja setiap bulan kepada ibu bapanya. Sudah semestinya kehilangan beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam.

Allahyarham dikhabarkan bekerja keras mencari nafkah demi perbelanjaan dan persiapan perkahwinan adik perempuannya. 

Namun tiada siapa dapat menduga, beliau juga maut akibat hentaman pesawat, ketika beliau secara kebetulan melalui tapak nahas untuk menyelesaikan tempahan makanan.



Pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Persatuan Kebajikan E-Hailing (PKEH) serta Gabungan E-Hailing Malaysia (GEM) mendekati keluarga mangsa yang terlibat. 

Kami turut berkongsi kesedihan selain menghulurkan bantuan dan kata-kata semangat buat waris dan keluarga mangsa.

Dua kisah berbeza di atas menuntut keprihatinan dan rasa empati rakyat Malaysia untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga dan waris mangsa. 

Sedikit sebanyak, sumbangan ini dapat mengukir senyuman dalam duka, meredakan hati yang gundah gulana dan memulihkan semula semangat dan jiwa kepada mereka.

Sumbangan boleh dibuat menerusi platform sumbang.com (https://sumbangan.com/tragedinahaselmina). 

Dikejutkan dengan peninggalan yang drastik meresahkan hati dan semangat mereka untuk meneruskan kehidupan dengan hilangnya pencari rezeki di dalam keluarga. Mereka perlu dibantu! - KitaReporters/Kenyataan Media


7
18
0
9
0
You will be interested