Insan & Komuniti 08 Jan, 2024

Video| Untunglah! Setelah 12 tahun berkahwin dan 3 anak, isteri pinang sahabat baik sebagai madu!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Apabila ditanya kepada kaum lelaki, sebahagian mereka punya keinginan untuk berkahwin lebih daripada satu. Namun pelbagai halangan untuk melaksanakan keinginan itu. 

Namun jika memang ditakdir untuk beristeri lebih daripada satu akan berlaku perkara yang tidak disangka. Lebih membahagiakan apabila isteri pertama meminangkan wanita lain untuk dijadikan madu.


Kedua-dua isteri perlihatkan kemesraan bersama sang suami. - Kredit foto: Sinar Harian.

Demikian nasib dialami seorang mutawif, Mohd Loqman Mohd Salleh, 38, dari Kampung Kolam Limbongan, Melaka. 

Isterinya yang sudah dikahwini selama 12 tahun dan mempunyai tiga orang cahaya mata berusia 11 hingga empat tahun dengan rela hati meminang kawan baiknya untuk dijadukan madu. Kedua-duanya sudah lama berkawan.

Lalu pernikahan dijalankan di sebuah masjid pada 24 Disember 2023 lalu. Ia merupakan perkara yang jarang dilakukan oleh kaum wanita.

Dalam video dan beberapa foto yang dimuat naik dalam media sosial, memperlihatkan suasana harmoni hidup bermadu. Kelihatan Mohd Loqman yang juga perawat Islam meletakkan tangan di atas kepala kedua-dua isterinya selepas akad nikah.

Dalam kenyataannya kepada media Sinar Harian, Mohd Lokman menasihatkan kaum lelaki Islam jika ingin berpoligami perlu bercakap benar terhadap pasangan.

Sejumlah netizen memberi ucapan tahniah berjaya hidup poligami yang diusahakan oleh isteri pertama. - KitaReporters

Mohd Loqman memegang kepala kedua-dua isterinya setelah diakad nikah.

15
14
0
6
0
You will be interested