Insan & Komuniti 20 Mar, 2023

Syabas mahasiswa UIS, Kopetro Catering! Jayakan Enlightening The Future with Buku Jalanan Chow Kit!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) melalui anak syarikatnya Kopetro Catering Sdn. Bhd. menyokong usaha yang dijalankan oleh mahasiswa Universiti Islam Selangor (UIS) dengan menaja makanan buat anak-anak miskin kota di dalam program “Enlightening The Future with Buku Jalanan Chow Kit (BJCK)” anjuran Khidmat Ummah universiti berkenaan.

BJCK adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang diwujudkan untuk membantu kanak-kanak bukan warganegara atau mereka yang tidak boleh mendaftar ke sekolah disebabkan masalah dokumentasi mendapatkan pendidikan asas. 

Beroperasi di Lorong Haji Taib 1, Chow Kit dan bergerak sepenuhnya atas konsep infak daripada orang ramai dan badan korporat, BJCK adalah ruang selamat buat kanak-kanak di sekitar kawasan Chow Kit untuk menimba ilmu pengetahuan.


Lagi cerita-cerita masyarakat berkaitan golongan gelandangan


Program “Enlightening The Future with BJCK” ini diaturkan oleh mahasiswa dari program Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-Undang UIS di mana mereka meluangkan masa bersama para pelajar BJCK menjalankan pelbagai aktiviti, antaranya pengisian asas Fardu Ain, kelas membaca dan mengeja, serta aktiviti permainan seperti mencari harta karun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kopetro, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata Kopetro prihatin dengan nasib kanak-kanak gelandangan yang tidak mempunyai akses kepada sistem pendidikan konvensional dan terpaksa mengharungi hari-hari mereka dengan ketidaktentuan di tengah-tengah ibu kota. 

Justeru, Kopetro tidak melepaskan peluang untuk turut serta bersama UIS dengan menyediakan sajian dari Kopetro Catering sepanjang program ini.

“Kopetro menyokong sepenuhnya inisiatif oleh mahasiswa UIS yang telah menyusun pelbagai aktiviti pembelajaran untuk membantu kanak-kanak di BJCK melalui program ini. Diharap kelas asas Fardu Ain, membaca dan mengeja yang dijalankan mendatangkan manfaat kepada anak-anak ini. 

"Bersesuaian dengan bulan Ramadan yang menjelang tiba, Kopetro mengambil kesempatan menyampaikan infak dalam bentuk peralatan program serta makanan untuk dinikmati pelajar-pelajar di BJCK serta semua yang terlibat dalam program ini,” ujarnya.



Sebelum ini, Kopetro konsisten mewujudkan program infak makanan dengan menyampaikan sumbangan kepada masjid, anak yatim, gelandangan dan juga ketika ibu kota dilanda banjir pada tahun 2021. 

Kopetro sentiasa mengalu-alukan sumbangan mana-mana pihak seperti sektor korporat, sektor syarikat swasta, badan kerajaan atau orang ramai melalui inisiatif Infaq Prihatin, sebuah program bantuan makanan oleh Kopetro Catering untuk memberikan senyuman kepada golongan yang kurang berkemampuan sepanjang tahun.

Pada program ini, Kopetro Catering menyediakan sajian 100 pek makanan untuk dinikmati bersama oleh semua yang terlibat, dilengkapi sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang. 

Kopetro juga berbesar hati menaja peralatan program seperti alat tulis dan kit program. Sumbangan ini adalah salah satu komitmen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kopetro untuk berbakti kepada orang ramai dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. - KitaReporters/Kenyataan Media


14
10
0
9
0
You will be interested