Insan & Komuniti 19 Apr, 2025

Video| Macam-macam da! Ngidam nak naik jentera bomba! Mengandung 8 bulan! Suami bawa ke balai bomba!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Sudah menjadi perkara biasa apabila si wanita yang sedang mengandung mengidam sesuatu dan ada ketikanya apa yang diidam kanya merupakan perkara pelik yang sukar ditunaikan oleh insan terdekat.

Attu Hanifah dari Bekasi, Jawa Barat mengidam untuk menaiki kenderaan atau jentera bomba (istilahnya kenderaan pemadam kebakaran atau disebut sebagai damkar di Indonesia) sejak awal kehamilan. 

Namun kehendak Attu itu tidak diberi perhatian oleh suaminya, Aditya Wiguna kerana permintaannya dianggap sebagai pelik.



Keinginan Attu itu membara setelah sering melihat anggota bomba bertugas dalam media sosial dan media massa.

Setelah masuk 8 bulan kandungan, Attu masih meluahkan keinginan untuk menaiki kereta bomba.

Bimbang bayi yang bakal lahir akan bermasalah, Aditya cuba menghubungi beberapa balai bomba di Bekasi, namun tiada yang dapat menunai kehendak Attu itu.

Tidak berputus asa, Aditya membawa Attu ke kota Bogor yang jaraknya kira-kira 60km dari Bekasi.


Mereka singgah di sebuah balai bomba di Jalan Raya Pajajaran, Sukasari, Kecamatan Bogor Timur, Kota Bogor, pada Selasa, 15 April 2025 dan menyatakan keinginan mereka kepada ketua balai. 

Mereka mendapat berita gembira apabila permintaan dipenuhi. Sebuah kenderaan bomba saiz sederhana disediakan. 

Attu dapat bergambar dengan kenderaan bomba itu dan dapat duduk di tempat duduk hadapan dengan gambar dirakam oleh suami menggunakan telefon pintarnya.





Selepas itu, kemuncak keinginan Attu untuk menaiki bahagian atas kenderaan bomba itu tercapai. Dia bersemangat memanjat tangga walaupun sarat mengandung lapan bulan dan setelah itu mengangkat tangan tanda gembira dan rasa puas hati.

Menyedari ia adalah kejadian ‘luar biasa’, balai bomba  itu membuat rakaman video dan dimuat dalam laman instagramnya @damkarkotabogor_official.



Kejadian ini tular setelah diuat naik dalam sejumlah laman sosial dan turut disiar oleh beberapa stesen TV.

Sebenarnya ia bukan kejadian pertama wanita hamil mengidam naik kenderaan bomba. Pada 7 Mei 2023, seorang wanita sarat mengandung datang ke balai bomba Gulkarmat, Jakarta Timur bersama suami kerana mengidam ingin berfoto dengan kereta bomba.

Menurut wanita itu, dia berminat jadi ahli bomba tetapi tidak direstui keluarga.

Sementara itu di Balikpapan, Kalimantan Timur pada 6 Julai 2024, wanita bernama Vika yang mengandung anak pertama datang ke balai bomba Balikpapan Utara kerana hendak merasai sensasi naik kenderaan bomba setelah melihat kehebatan anggota bomba bekerja dalam media sosial dan siaran TV.

Dia yang mengandung bayi lelaki berharap anaknya akan menjadi anggota bomba. 

Permintaan mereka dilayan baik oleh anggota dan pegawai bomba. Ia merupakan perkara terpuji dilakukan oleh pasukan bomba dalam memberi khidmat kepada masyarakat. - KitaReporters


13
8
0
13
0
You will be interested