Insan & Komuniti 26 Apr, 2025

Semoga dapat husnul khatimah! Meninggal di pintu masuk utama masjid! Selesai solat isyak berjemaah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Seorang jemaah kembali ke rahmatullah dalam keadaan penuh keberkatan. Jemaah bernama Mohd Zubir Elham, seorang guru rebah sejurus melangkah keluar dari pintu utama masjid dan masih dalam keadaan berwuduk, pada malam Jumaat yang penuh keberkatan pada 24 April 2025.

Mohd Zubir sempat menunaikan solat isyak secara berjemaah serta menghadiri tazkirah mengenai wakaf di Masjid Daerah Kerian, Parit Buntar, Perak.

Perkongsian tentang peristiwa yang didoakan sebagai husnul khatimah ini dimuat naik oleh pengguna Facebook Muhammad Radzi Arab yang juga merupakan peniaga Nasi Arab Tempayan dan Char Keow Teow sebelah masjid itu. Berita sedih itu turut dimuat dalam Facebook Parit Buntar Group.


Kredit foto: FB Muhammad Radzi Arab


“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kata Muhammad Radzi dalam perkongsiannya.

Mohd Zubir adalah seorang guru sebuah sekolah di Parit Buntar dan sering bersolat di masjid dan suka mendengar ceramah agama.

Menurut sumber, Allahyarham dikenali sebagai Ustaz Zubir, yang mengajar di Sekolah Mutiara Impian dan menetap di Taman Harmoni, Parit Buntar. Menurut rakan-rakan, Allahyarham tidak pernah meninggalkan solat berjemaah.

Para teman mengharapkan Mohd Zubir meninggal dalam keadaan husnul khatimah, iaitu pengakhiran hidup yang baik dan menjadi dambaan ramai. 

Jenazahnya telah dikebumikan selepas solat Jumaat pada 25 April 2025. - KitaReporters


Jemaah masjid membantu mengangkat jenazah Istaz Zubir. - Kredit foto: FB Muhammad Radzi Arab

9
15
0
5
0
You will be interested