Insan & Komuniti 16 Apr, 2025

Jamal Abdillah, cabutan bertuah motosikal meriahkan sambutan Aidilfitri! Anjuran Ahli Parlimen Larut!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: awangani@gmail.com

Share this

Hamzah Zainudin (kiri) menunjukkan sebahagian motosikal yang dipamerkan untuk cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir.


Cabutan bertuah dan jamuan makan masih diadakan bagi memeriahkan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ini terbukti apabila Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin mengadakan sambutan itu di Dataran Selama, Perak.

Kemeriahan itu terasa apabila tetamu yang hadir diberikan kupon cabutan bertuah bagi merebut 12 buah motosikal untuk dimenangi.

Kehadiran kira-kira 30,000 tetamu termasuk bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin itu dimeriahkan lagi dengan tembakan bunga api dan pemasangan skrin besar di dataran tersebut.

Selain itu, tetamu juga dihidangkan dengan nasi kandar, sate ayam dan daging, kambing bakar, laksa, bihun, dan nasi serta ulaman kampung.


Jamal Abdillah


Bagi menanti cabutan bertuah itu, tetamu juga diraikan dengan kehadiran penyanyi pujaan dari Perak yang masih diminati ramai iaitu Datuk Jamal Abdillah yang sinonim dengan lagu Azura.

Biarpun malam telah hampir larut, tetamu masih tidak berganjak untuk melihatkan penampilan penyanyi tersebut dengan mempersembah beberapa lagu yang lain bagi menghiburkan tetamu.

Sementara itu, Hamzah berkata, dia bersyukur dengan kehadiran tetamu yang begitu ramai.

“Ini membuktikan kita bekerjasama bagi menganjurkan program yang besar ini, " katanya selepas majlis Jamuan Aidilfitri di Dataran Selama pada 13 April 2025. - KitaReporters


Muhyiddin Mohd Yassin (kanan) dan Hamzah Zainudin diraikan pada Sambutan Aidilfitri di Dataran Selama, Perak.

6
17
0
8
0
You will be interested