Ahmad Jantan (kanan) bertemu pengunjung pasar malam bagi mengedar risalah serta menerangkan bahaya demam denggi
MENYEDARI bahaya wabak demam denggi, penduduk Taman Seri Putera, Banting, Selangor memberi sokongan padu kepada Program Perangi Aedes yang diadakan setiap bulan di tapak pasar malam taman berkenaan bermula 10 September 2023 lalu.
Bagi memastikan keberkesanan program itu, Pasukan Combi Taman diwujudkan dengan dipengerusikan oleh Azmi Hassan supaya dapat bergerak aktif melakukan pelbagai aktiviti banteras penularan demam denggi.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Tilapia, taman
itu, Ahmad Jantan, berkata dia bersama ahli jawatankuasa KRT memberi kerjasama
sepenuhnya bagi membantu pasukan Combi Taman menjayakan program yang disusun.
Menurutnya, sokongan yang diberikan itu menarik perhatian
KRT Jalan Seluang yang dipengerusikan Ihsan Yusof dan beberapa ahli
jawatankuasa KRT lain untuk sama turun padang dalam aktiviti yang dilaksanakan
sekitar tapak pasar malam serta taman berkenaan.
“Kami sepakat berasaskan misi ‘Taman bersih rakyat sehat’ supaya menjadi kenyataan dan dapat menjadi contoh kepada KRT atau ahli jawatankuasa penduduk di taman perumahan khasnya sekitar Banting,” katanya.
Kakitangan jabatan berkenaan turut mengedarkan risalah mengenai bahaya pembiakan nyamuk aedes yang menjadi punca demam denggi.
Sementara itu Azmi, berkata pada program di tapak pasar
malam itu lebih 150 risalah mengenai bahaya nyamuk Aedes yang menjadi punca
demam denggi di satu-satu kawasan terutama perumahan yang mempunyai kepadatan
penduduk.
Menurutnya, di samping risalah pasukan Combi Taman turut
mengedarkan ubat jentik-jentik untuk dimanfaatkan penduduk dengan memasukkannya ke
dalam bekas atau tempat yang menakung air sebagai salah satu cara membasmi
pembiakan nyamuk Aedes.
Sehubungan itu, beliau berharap penduduk sentiasa memberi perhatian sewajarnya terhadap pembersihan sekitar halaman rumah dengan menghapuskan barangan yang menjadi tempat air bertakung seperti tayar kenderaan, botol air, pasu bunga dan saluran longkang atau bumbung rumah.
Ahmad (tengah) dan Azmi Hassan (dua dari kiri) pada Program Perangi Aedes di tapak pasar malam, Taman Seri Putera, Banting, Selangor pada 10 September 2023.
Tambahnya, pada program di tapak pasar malam berkenaan ahli
pasukan Combi Taman serta dibantu ahli jawatankuasa KRT turut memberi
penerangan kepada penduduk yang hadir untuk membeli-belah mengenai langkah
membenteras nyamuk Aedes.
Katanya, penduduk juga diberikan penerangan langkah
keselamatan yang perlukan diambil apabila mengalami demam yang berlarutan
supaya segera mendapatkan rawatan di hospital sebeluim keadaan menjadi lebih
buruk.
“Dengan aktiviti yang dibuat, pengedaran risalah serta
penghapusan tempat pembiakan nyamuk Aades, kami yakin program ini mencapai
matlamat yang dikehendaki selain memastikan taman ini bebas daripada nyamuk Aedes.
“Kami juga akan memberi kerjasama kepada pelbagai pihak yang ingin mengadakan program penghapusan nyamuk Aades dan sekali gus dapat membendung wabak demam denggi dengan berkesan di taman ini,” ujarnya. - KitaReporters