Kredit foto-foto: FB Ebit Lew
"SAYA capek (penat) ustaz. Meluah rasa penat kerja jadi begini. Rindu nak sujud kepada Allah.
"Doakan kami yer supaya hati kami semakin dekat pada Allah dan terima kasih kerana sudi jumpa dan nasihat kami," kata beberapa kupu-kupu malam (pelacur) ketika pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew selesai menyampaikan ceramahnya di sebuah kelab malam di Jakarta, Indonesia pada 22 September 2022.
Melalui perkongsian dalam Facebooknya, Ebit Lew menyatakan, malam tadi beliau berjumpa wanita yang menjadi wanita malam terdiri beragama Islam dan bukan Islam di kelab malam itu.
Menurut Ebit Lew, kebanyakan wanita berkenaan bekerja di situ akibat kesempitan kehidupan keluarga dan mereka sudah mengenali dirinya dalam media sosial.
"Mereka begitu gembira berjumpa dengan saya dan mereka bergambar dengan saya. Banyak soalan ditanya tentang Islam dan hubungan dengan Allah. Mereka rindu keluarga mereka," katanya.
Ebit Lew memberitahu, sebahagian dalam kalangan mereka yang bekerja menjual maruah diri itu sejak remaja ketika berumur 14 tahun lagi.
Menurutnya, kupu-kupu malam terbabit semuanya menangis apabila Ebit Lew masih sayangkan mereka yang banyak memberi kenikmatan dalam kehidupan.
"Wanita-wanita itu menangis teresak-esak bila tengok wajah pak ustaz rindunya semakin kuat pada kedua-dua ibu bapa yang terpisah di kampung halaman dan rindu untuk dekatkan diri mereka kepada Allah.
"Saya amat terkejut semasa saya sampaikan ceramah malam tadi, tiba-tiba mereka menangis walaupun kurang memahami setiap patah perkataan yang saya ucapkan itu. Allah Maha Penyayang sentiasa mengetuk pintu hati hambanya ke arah kebaikan," ujar Ebit Lew.
Kredit foto-foto: FB Ebit Lew
Pendakwah Bebas itu berkata, dalam kalangan mereka ada yang berhasrat sejak dari dulu lagi untuk berhenti melakukan pekerjaan yang terkutuk itu bagi mencari kerja lain yang halal tetapi semangatnya belum kuat dan mungkin juga Tuhan belum terbuka lagi pintu hati mereka.
Selepas habis ceramahnya di kelab malam itu, Ebit Lew memberi sumbangan berupa jubah dan tudung kepada wanita-wanita tersebut.
"Doakan kami yer ustaz supaya kami dapat dekat kepada Allah. Terima kasih kerana sudi jumpa dan nasihat kami. Inilah pertama kali orang datang ceramah di kelab malam," kata wanita-wanita terbabit. - KitaReporters
Kredit foto-foto: FB Ebit Lew
Tags: