Insan & Komuniti 25 Jul, 2024

Video| Demi sesuap nasi, Windi tekad jadi lelaki! Budak perempuan ditinggalkan merempat oleh ibu bapa!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Apa salah dan dosa dirinya? Itulah yang sering bermain dalam fikiran Windi. Terkadang, dia ingin salahkan takdir. Namun, dia sedar tiada gunanya. 

Hati nuraninya terus berbolak-balik tertanya kenapa dia dilahirkan ke dunia andai untuk disakiti. Paling pedih, dia bukan disakiti oleh orang luar tetapi oleh ibu bapanya sendiri.

Tiada sekelumitkah rasa sayang dan kasih ibu bapa kepadanya? Kenapa mereka sanggup meninggalkan dia terkontang-kanting sehingga terpaksa membanting tulang demi sesuap nasi. Sedangkan remaja sebayanya diulit bahagia bersama ibu bapa dan tanpa halangan mencari ilmu.


Dia turut menjaga dan tinggal bersama adik-adik sepupunya yang masih kecil.


Malah, dia dihalau dari rumah sewa kerana kedua-dua orang tuanya meninggalkannya tanpa kata dan harta. 

Merempat dan bergelandangan di tepi jalan menumpang teduh. Berlantai bumi dan beratapkan langit tanpa kira panas dan hujan. Perjuangan hidup getirnya bermula saat dia masih remaja. 


Windi terpaksa mengubah penampilannya untuk mencari sesuap nasi.



"Dari umur 14 tahun saya ditinggalkan oleh kedua-dua orang tua. Kini saya sudah berusia 20 tahun. Orang tua saya pergi tanpa sepatah kata. Saya tinggal bersama tiga orang adik saya (adik sepupu). Saya kerja bangunan dan apa-apa kerjapun untuk makan," ceritanya.

Hidup perlu diteruskan. Seusia remaja, Windi sudah faham benar betapa kerasnya hidup. Dia tidak boleh manja dan terbuai dengan perasaan sedih andai mahu terus hidup.



Lantas dia melakukan perubahan besar dalam hidupnya. Daripada seorang gadis, dia bertukar menjadi lelaki demi mendapatkan pelbagai peluang pekerjaan. Dia sanggup orang korbankan nalurinya demi mencari rezeki bagi menampung hidupnya. 

Kisah Windi menjadi bualan hangat di Indonesia.

Dikongsi oleh Instagram milik @Sharinghappinessorg, kisah malang Windi mengundang simpati orang ramai. 

Dalam perkembangan terbaharu, Windi dan adik-adik sepupu yang dijaganya telah mendapat bantuan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. 

Mengenai kekeliruan tentang status adik-adik Windi juga telah diperjelas. - KitaReporters


20
7
0
4
0
You will be interested