Insan & Komuniti 03 Feb, 2023

Video| Lari abe jangan tak lari! Bimbang dilibas sabit! Abang baju merah berani tahan lelaki mengamuk!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Kredit foto: 


SEORANG lelaki berbaju merah dan bertopi keledar dipuji sebagai penyelamat pemandu kenderaan dan penduduk daripada dilibas oleh sebilah sabit oleh seorang lelaki yang mengamuk di sebatang jalan raya di Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan dan merosakkan cermin kereta dalam satu kejadian pada Khamis, 2  Februari 2023.

Lelaki berkenaan yang mengaku dirinya sebagai 'tuhan' kelihatan berkeliaran dengan sebilah sabit dan merosakkan beberapa cermin kenderaan dan tiba-tiba memasuki lori yang ditinggal di tepi jalan. 


Lagi


Seorang netizen dikenali sebagai Mohd Kamal memuat naik video lelaki yang ditahan selepas mengamuk.  


Keadaan menjadi kecoh seketika apabila beberapa lelaki menariknya keluar dan memujuknya supaya tidak bertindak ganas. 

Ketika itulah seorang lelaki bertubuh saiz sederhana kelihatan memegangnya dan cuba membawa ke tepi jalan yang tidak banyak kenderaan sambil memujuknya 'sabar dan duduk diam-diam abang." 

Apabila lelaki yang mengamuk terus berdegil, 'abang baju merah' itu  terus 'mematahkan' tindakannya dengan menjatuhkan lelaki berkenaan di tengah jalan raya. 

Aksinya yang dikatakan gaya polis menahan penjenayah atau ahli silat itu, dipuji orang ramai kerana berani.



Sebelum itu pemandu lori dan kelindannya sempat terjun dari kenderaan dan melarikan diri sebelum lelaki mengamuk itu masuk ke dalam lori yang disangka oleh orang ramai mungkin untuk membawa lari kenderaan itu. 

ZatuIjo72 pula mengulas, "Tertumpu kepada abang lori dua orang itu . Lari abang, jangan tak lari, tak pasal-pasal kena sabit." kemudian Tengku Nolia pula berkata,"Adoi nak sukalah tengok dua orang (pemandu dan kelindan lori) itu lari." 

Kata seorang yang lain,"@comiunity teaser for GTA7. Dan dah macam berlakon puna ada, abang lori lari keluar dan cameraman pun cun je recod part tu."

KuntumRayam-76 dalam komen TikTok yang dimuatnaik oleh netizen Linda berkata, "Abg lori itu jugak win, berenti buka pintu lari. Tapi baguslah dia tidak ambil tindakan sendiri untuk langgar pakcik itu..kelakar." katanya yang kemudian disambung oleh seorang lagi netizen.

Aiman Mansor berkata, "Sorry tergelak tengok abang lori itu lari turun.". Kemudian diulas oleh Linda, "Pakcik itu pegang sabit mahu tak lari."


Sementara itu Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata dalam satu kenyataan pada 2 Januari 2023, menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang tidak benar selepas video berkenaan diviralkan.

Katanya lagi mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Muhammad Nabil Aizat Rusdy menerusi talian 013-6232713 bagi membantu siasatan lanjut.

Dalam laporan sepasukan polis bertindak segera selepas Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh laporan menerima laporan daripada orang ramai mengenai seorang lelaki yang mengamuk dengna menggunakan sebilah sabit di hadapan pejabat MARDI Pasir Puteh.

Zaizul Rizal berkata sepasukan polis tiba di lokasi dan mendapati suspek telah ditahan orang awam.

“Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Daerah Pasir Puteh untuk tindakan.

“Semakan lanjut mendapati terdapat beberapa video berkenaan kejadian telah tular di media sosial,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar berkaitan video tular tersebut. - KitaReporters

11
16
1
12
0
You will be interested