Insan & Komuniti 14 Jun, 2025

Temu bual eksklusif dengan Dr Zakir Naik! Youtuber revert Indonesia terkejut! Kenapa dia terpilih?

@rashidah ibrahim
Bermula di Berita Harian sebagai wartawan di meja berita am 1985, diikuti Berita Minggu, meja mahkamah dan pendidikan sebelum ke majalah Anjung Seri (1993-2015). Jawatan terakhir Timbalan Editor. Meneraju variaseri.com youtube Anjung Destinasi TV.

Share this

.


Diundang Dr Zakir Naik untuk satu temu bual eksklusif, Youtuber Mualaf Indonesia, Dr Richard Lee datang ke Malaysia dengan penuh debar untuk bertemu pendakwah antarabangsa itu. 


Siapa sangka seorang Youtuber mualaf Indonesia, Dr Richard Lee yang revert (kembali) kepada Islam sekitar dua tahun lalu terpilih daripada 300 juta penduduk negara itu untuk menemu bual pendakwah Islam antarabangsa yang sensasi dan tersohor, Dr Zakir Naik (yang berasal dari India kini menetap di Malaysia).

Menganggapnya sebagai satu tuah dan peluang yang tidak harus dilepaskan, doktor kecantikan itu tidak teragak-agak datang ke Malaysia dari Indonesia bagi memenuhi undangan temu bual itu.

Dalam perjalanan menuju ke kediaman pendakwah berkenaan di Putrajaya, sambil berseloroh menerusi komennya terhadap pelawaan itu, beliau menyifatkan peluang itu sebagai "rezeki anak soleh".

Menurut  Dr Richard Lee, selepas mengumumkan keislamannya, banyak orang hebat memanggilnya untuk sesi temu bual dan ramai mahu membimbingnya. Antara yang paling hebat di peringkat antarabangsa, baginya adalah Dr Zakir Naik.


Dr Richard Lee terkejut dengan undangan temu bual bersama pendakwah tersohor di dunia, pada masa sama rasa terharu, beruntung dan bangga kerana Dr Zakir Naik sendiri yang menjemputnya, sedangkan baginya dia bukan siapa-siapa, hanya podcaster biasa sahaja.


"Daripada puluhan bahkan mungkin ratusan Youtuber dan podcaster di Indonesia, yang ramai lagi lebih bagus, saya juga tertanya-tanya kenapa saya dipilih oleh Dr Zakir Naik untuk wawancara eksklusif. Saya diundang secara khusus ke apartmennya untuk membuat liputan kehidupan peribadi beliau. 

(Temu bual berkenaan sudah pun selamat berlangsung, insya-Allah penulis akan melaporkan kandungan temu bual mereka dalam tajuk yang lain). 

Malahan tambahnya, tanggal 14 Jun 2025, sudah bersepakat di antara mereka akan mengadakan satu lagi wawancara langsung, berkisar topik yang lebih mendalam, terutama mengenai Islam. 

"Saya rasa sungguh terharu, beruntung dan bangga, Dr Zakir Naik memanggil saya tanpa meminta apa-apa bayaran ataupun permintaan, saya tidak tahu apa nak hadiahkan kepadanya, saya hanya bawa produk keacantikan keluaran saya, beliau orang pertama pegang produk saya," tambah Dr Richard Lee.

Pertemuan itu bagaimanapun pun berlangsung di rumah anak Dr Zakir Naik, yang juga berdekatan dengan rumah pendakwah berkenaan. Jenis kediaman mereka adalah apartment, di tepian Tasik PutraJaya, yang berlatarkan pemandangan keindahan tasik dan tiga masjid.

Satu yang mengejutkan Dr Richard Lee dalam kunjungan itu ialah apabila melihat kesederhanaan rumah yang keluarga pendakwah antarabangsa tersohor itu diami. 

"Sebagaimana ringkas rumah anak saya yang anda lihat ini begitu jugalah rumah saya," ujar Dr Zakir Naik. "Keadaan hidup kami sejak dulu memang begini saja, begitu juga sewaktu di India," tambahnya.


Pendakwah Islam antarabangsa tersohor, Dr Zakir Naik memilih Dr Richard Lee (baru 2 tahun Muslim) untuk menemu bual mengenai kehidupan peribadinya.


Penulis juga terfikir-fikir kenapa dengan tiba-tiba, Dr Zakir Naik mengajak Youtuber dari Indonesia ini untuk datang ke Malaysia bagi menemu bualnya?

Daripada hasil perbualan mereka, penulis akhirnya boleh mengagak jawapannya, mungkin berkait perancangan siri ceramah Dr Zakir Naik yang dijadualkan berlangsung di beberapa tempat di Indonesia pada bulan Jun 2025 ini.

Dalam temu bual itu, Dr Zakir Naik ada menyebut tempat tempat ceramah yang telah ditetapkan iaitu di Surabaya 21 Jun, Malang 22 Jun, Solo 25 Jun dan terakhir di Jakarta 28 Jun. Beliau akan sampai di sana lebih awal daripada tarikh ceramah pertama itu.

Dengan siaran temu bual itu, mesej mengenai ceramah berkenaan telah disampaikan ke seluruh Indonesia menerusi saluran YouTube dr. Richard Lee, MARS

Richard Lee, 39, ialah doktor ahli di bidang kecantikan yang pada awalnya sering membuat konten temu bual menyentuh hal ehwal Islam bersama Ustaz Derry Sulaiman dan Ustaz Felix Siauw. 



Pendedahan demi pendedahan mengenai Islam yang diterima daripada para ustaz menerusi temu bual untuk konten Youtube, rupa-rupanya telah membuka hati beliau untuk lebih mengenali Islam, sehingga akhirnya mendapat hidayah kira dua tahun lalu.

Selama dua tahun beliau merahsiakan keislamannnya dengan alasan untuk menjaga hati ahli keluarga dan orang yang rapat dengannya, sebelum mengumumkannya tahun ini.

Pengumuman itu membolehkan beliau bercerita mengenai perjalanan spiritualnya kepada umum menerusi saluran 

YouTubenya dan temu bual dengan media. 

Beliau mempunyai 5.56 juta pengikut dalam YouTube dan 1.9 juta pengikut dalam Instagram menjadikan beliau juga seorang pempengaruh, selain podcaster.

"Selama dua tahun ini, aku belajar Islam. Sampai sekarang aku masih belajar Islam," ucap Dr Richard Lee di Tebet, Jakarta Selatan memetik laporan Detikhot (6/3/2025). - KitaReporters


Dr Richard Lee (kanan sekali) menunjukkan dokumen rasmi beliau sebagai Islam. Di kirinya ialah  Ustaz Derry Sulaiman dan Ustaz Felix Siauw.  Foto - Serambinews

13
13
0
17
0
You will be interested