Insan & Komuniti 08 Jul, 2025

Video| Bantu kami! Tolong Nur Qaseeh! Program Jom Kumpul Pakaian Terpakai! Berjaya kumpul 20 tan!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: awangani@gmail.com

Share this

.


Norazlin Mohd Ibrahim (kiri) bersama-sama dengan petugas bergambar pada program Jom Kumpul Pakaian Terpakai di perkarangan Masjid Al-Islah, Pengkalan Aur, Taiping.


Pelbagai cara dilakukan untuk memberikan sedekah kepada mereka yang memerlukan. Ia dilakukan dengan pelbagai cara seperti memberikan pakaian terpakai.

Justeru itu, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Nur Qaseeh, di Taiping, Perak mengambil inisiatif dengan menawarkan perkhidmatan mengumpul pakaian terpakai pada program Jom Kumpul Pakaian Terpakai yang diadakan selama dua hari di pekarangan Masjid Al-Islah, Permatang Aur, Taiping pada 5 dan 6 Julai 2025.

Dalam tempoh tersebut, mereka berjaya mengumpul 20 tan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh pelbagai masyarakat.


Sebahagian 20 tan pakaian terpakai ynag berjaya dikumpul sejak dua hari program itu dijalankan.


Pengurus program Jom Kumpul Pakaian Terpakai, Norazlin Mohd Ibrahim, 53, berkata, pihaknya akan menyerahkan pakaian terpakai ini kepada mereka yang memerlukan.

“Kami akan serahkan pakaian terpakai ini kepada mereka yang memerlukan seperti anak yatim dan asnaf,” katanya ketika ditemui pada 6 Julai 2025.

Norazlin berkata, antara pakaian yang dikumpul seperti pakaian lelaki dan wanita, kanak-kanak, cadar, langsir dan sebagainya.

Beliau berkata, ini membuktikan orang Malaysia amat prihatin dan bermurah hati untuk berkongsi rezeki dan tidak membuang pakaian terpakai ini.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana pihak yang mahu bersedekah pakaian terpakai boleh menghubunginya melalui talian 016-5621309. - KitaReporters


Orang ramai yang datang untuk menderma pakaian terpakai pada Program Jom Kumpul Pakaian Terpakai di perkarangan Masjid Al-Islah, Pengkalan Aur, Taiping

15
5
0
14
0
You will be interested