Insan & Komuniti 25 Apr, 2025

Sembang-Sembang| Bila untung jadi rugi! Nak berniaga tapi hilang kawan! Nak tolong tapi jadi beban!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> normalahamzah251@gmail.com

Share this


Hidup satu perjuangan. Hidup juga satu pengorbanan. Sama sama susah. Sama sama tolong. Sama sama kongsi. Sama sama hargai.

Jangan ambil kesempatan. Kasihankan kawan. Sama sama cari makan. Niat pun nak buat kebaikan. Jangan salah haluan. Nak cari pahala, dapat dosa. Kadang kita tak sedar, tapi kawan sudah terasa hati.

Perkongsian hari ini, kisah kawan terasa hati dengan sikap kawan. Niat nak tolong, tapi sendiri yang melopong. 
Aini  (bukan nama sebenar) ada seorang kawan. Hubungan mereka baik. Selalu pergi mengaji bersama. Masa kerja mereka jarang jumpa. Tapi Aini selalu telefon Maria (bukan nama sebenar) bertanya khabar. 
Kata Maria, dia jual sayur-sayuran dan buah-buahan secara online sebagai mencari pendapatan tambahan. Merayu-rayu dia minta tolong sebarkan. 
Kasihankan Maria, Aini bagi tahu kawan-kawannya. Dan Aini  pun order sayur dan buah sebab nak membantu Maria. 

Dalam senarai, sayur yang tercatat dan buah ada harganya. Dijual kilo. Memang mahal dari jual di luar. Tapi sebab nak tolong kawan, order jugalah. 

Upah menghantar 8 ringgit, pada hal tak sampai 5km. Ingat kawan okey juga. Terus bagi sokongan. Janji hantar jam 4 petang, pukul 6 baru sampai. Takpa Aini faham. Mungkin banyak halangan di jalan. 
Bila sampai, terkejut tengok harga. Mengalahkan beli di pasar raya. Mahalnya! Sebiji tembikai sederhana RM22. 50, seikat kangkung RM4. 50, sesikat pisang RM9. 00 dan sebiji timun RM4. 50. Campur penghantaran RM8. 00. Semua RM48.50. 
Harga tidak mesra seperti dalam senarai yang dalam WhatsApp. Jauh beza, tapi Aini  tak tanya. Tak mahu Maria kecil hati. Aini  juga tak tunjuk rasa terkejut dan membayarnya. Nak jaga hati kawan. Tapi hati sendiri terluka. Takpa ingat itu rezeki dia. 
Syukur kita masih boleh membantu dia walau kita pun susah. Inipun ujian Allah! 
Mahu tak mahu Aini berterus terang dengan Maria. Sudahnya hubungan semakin renggang. Apa nak buat.. Aini  terima jika itu
yang Maria mahu. 
Kita memang niat nak menolong tapi jika sampai membebankan, baik undur diri kata Aini. 
Catatan sekadar perkongsian. Buat ingatan semua. Beringat sebelum kena. Ukhuwah dan persahabatan nak jaga juga. 


Iktibar daripada kisah ini:
Niat biar ikhlas. Jangan mengeluh dengan apa yang sudah berlaku. Jaga persahabatan. Kita tidak tahu masalah dia. Bersangka baik. 

Hati hati sebelum buat order. Bandingkan dahulu dengan tempat lain. Jangan kerana hendak senang, jadi rugi pula. 

Kepada yang berurus niaga. Jangan ambil kesempatan dengan kebaikan kawan. Dalam keadaan sekarang, perlu ada tolak ansur. Perlu faham kawan. Jangan bebankan kawan. Gunakan pendekatan win-win situation. 

Mesti ikhlas. Ingatlah, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Berkongsilah!
Sekali dua kawan boleh tolong. Tapi kalau tiap kali membeli jatuh rugi tentu fikir banyak kali juga nak terus membeli atau cukup setakat di situ saja. 
Berpada-padalah kalaupun hendak berniaga. Jangan sampai kerana hendak untung, kita hilang kawan. - KitaReporters

7
13
0
15
0
You will be interested