Judi tidak pernah membawa kebaikan, malah sebaliknya. Banyak perkara buruk terjadi berpunca daripada judi.
Dengan perkembangan kemajuan teknologi, kini judi online semakin diikuti ramai golongan tahi judi hingga menyebabkan ketagihan.
Seorang pemuda hanya dikenali sebagai S, 23, dari Dusun Mertelu Wetan, Kalurahan Mertelu, Kapanewon Gedangsari, Kabupaten Gunungkidul, Yogyakarta sanggup membakar rumah orang tuanya kerana tidak memberi wang untuk membayar hutang judi online.
Dengan bantuan penduduk kampung hanya sedikit sahaja bahagian rumah dapat diselamat. Turut musnah ialah kandang lembu di sebelah rumah.
Jalan kampung yang kurang baik menyebabkan kereta bomba lambat sampai untuk memadam kebakaran.
/
Kemarahan membara S bermula apabila si ayah Gino enggan memberi wang sebanyak Rp200 ribu (RM6 ribu) untuk membayar hutang kepada jiran untuk dia terus melakukan hutang judi onlinenya.
Si ayah enggan membantu kerana selama ini sudah banyak kali membayar hutang judi S.
/
Gino meminta para jiran membantu memadamkan kebakaran. Setelah api berjaya dipadam, S dibawa ke balai polis untuk ditahan dan diberi konsultasi.
Kejadian ini tular setelah dimuatnaikkan oleh beberapa laman sosial, media cetak dan media elektronik. - KitaReporters