Insan & Komuniti 08 Sep, 2025

Berarak, berselawat! Syabas penduduk pelbagai bangsa di Bagan! Raikan Maulidur Rasul penuh berkat!

Share this

Alhamdulillah dan syabas kepada jawatankuasa kariah, jemaah dan penduduk kariah Masjid Abdul Kadir, Bagan Tuan Kecil, Butterworth yang telah acapkali menganjurkan perarakan meraikan Maulidur Rasul yang disertai pelbagai peringkat dan golongan masyarakat.


Penduduk dengan sepanduk sambutan Maulidur Rasul masing-masing memulakan perarakan.

Sekumpulan penduduk Jalan Mengkuang dengan sepanduk yang tersendiri turut sama mengiringi perarakan.

Berhimpun seawal 7 pagi di hadapan pekarangan masjid sebelum berarak beramai-ramai sepanjang Jalan Telaga Air dan menghala ke Jalan Bagan Luar serta Jalan Kampung Benggali.

Perarakan mengambil masa lebih satu jam sebelum kembali ke kawasan pekarangan masjid dan sememangnya memerlukan keringat dan semangat yang penuh kesabaran.

Rata-rata yang mengambil bahagian juga terdiri dari kanak-kanak, kaum ibu, warga emas dan juga pelajar serta anak-anak muda kawasan sekitar.


Jemaah Surau Al-Istiqbal yang turut sama disertai kanak-kanak berarak sepanjang jalan meraikan sambutan Maulidur Rasul pada Jumaat 5 September 2025.

Masyarakat pelbagai bangsa bersama-sama berarak sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Lebih menarik lagi, ia bukan sahaja menggabungkan orang Melayu tetapi juga keunikan apabila saudara seagama yang terdiri daripada komuniti India Muslim, warga Bangladesh, Indonesia dan Rohingya yang turut bermastautin sekitar kawasan kampung dan perumahan tersebut juga menyertai perarakan.

Sebelum berarak, tazkirah ringkas dan taklimat laluan serta keselamatan diberikan dengan kerjasama pihak polis dan anggota Rela.

Selawat dan salam memuji Nabi Muhammad SAW (Sallallah Ala Muhammad, Sallallah Alai Wasallam) berulang kali terus-terusan bergema berselang seli sebaik sahaja perarakan bermula dari pekarangan masjid sehinggalah sepanjang laluan perarakan.


Warga emas dan orang kurang upaya tidak mahu ketinggalan berarak walaupun terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Kaum ibu dan anak-anak kecil juga tidak mahu ketinggalan menyertai perarakan Maulidur Rasul yang diraikan setahun sekali oleh pihak masjid.

Paling ketara dan bersemangat kelihatan ibu-ibu yang sanggup berjalan kaki sambil menolak bayi  dalam kereta sorong serta bersalawat beramai- ramai ke atas Nabi Muhammad SAW.

Manakala warga emas dan orang kurang upaya juga tidak mahu ketinggalan dengan diiringi kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan mereka.

Jamuan dan sajian makanan juga disediakan kepada semua peserta dan orang ramai yang hadir bagi meraikan perarakan serta majlis sambutan Maulidur Rasul yang diadakan. - KitaReporters


Antara pelajar tahfiz yang turut serta meraikan perarakan Maulidur Rasul.

Para peserta dan orang ramai yang hadir turut disediakan jamuan sebaik sahaja selesai perarakan.

Jamuan juga disediakan bagi semua peserta dan orang ramai yang hadir meraikan perarakan sambutan Maulidur Rasul di pekarangan Masjid Abdul Kadir.

16
16
0
10
0
You will be interested