Insan & Komuniti 08 Dec, 2023

Video| Alahai bersemut skrin! Suami petik gitar dan menyanyi! Temani isteri memasak! Sweet gitu!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Usia emas tidak menghalang untuk pasangan suami isteri bersifat romantik. Kalau lihat orang Barat, mereka bersifat sedemikian hingga ke akhir hayat. Sudah bongkok pun masih jalan berpegangan tangan.

Mungkin dalam kalangan orang Melayu, perkara itu agak janggal. Alasannya, malu pada anak cucu sekiranya dilihat. Namun, tidak bermakna mereka tidak romantik. Mungkin ia dilakukan secara diam-diam.



Setiap orang berbeza cara mereka menghargai dan menyayangi pasangan masing-masing. 

Ada orang, mereka suka zahirkan perasaan itu. Ada orang pula, cukup sekadar dengan perbuatan sahaja. Ada juga, kedua-duanya tidak nampak tetapi hatinya penuh dengan ‘taman’ terhadap pasangan.



Namun, ada satu video ini cukup menambat hati netizen. Video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok bernama Rioqqzx telah mendapat sebanyak 22.8 juta tontonan dan 2.4 juta tanda suka. 

Video tersebut menunjukkan seorang lelaki sedang menemani isterinya memasak di dapur sambil bermain gitar dan menyanyi.



“Semoga sentiasa diberi kesihatan ya pak, ibu. Semoga nanti aku juga boleh seperti ini,” tulis individu yang berkongsi video tersebut.

Bertuah wanita tersebut memiliki suami yang pandai bermain gitar dan menyanyi. Bagi seorang isteri, sekecil manapun usaha suami menghargai dan menghiburkannya, ia sudah cukup menggembirakan hati.


Si suami sedang menemani si isteri memasak sambil memetik gitar dan menyanyi.


Bayangkan kalau saat si isteri merajuk, pasti si suami akan menyanyikan lagu untuk memujuk. Alangkah romantik dan berbunga-bunganya hati si isteri. Terus tak jadi nak merajuk lama-lama.

Aksi bersahaja dan romantik itu membuatkan netizen tidak keruan. 

Rata-rata memuji cara lelaki tersebut menghibur dan menemani isterinya yang sedang memasak. Umur tidak menghalang kedua-dua pasangan itu bersantai dan berkasih-sayang dengan cara tersendiri.




“Ya Allah, sweet gitu,” tulis salah seorang netizen.

Malah, ada netizen yang tagged nama pasangan dan berharap pada hari tua mereka nanti, menjadi seperti pasangan tersebut.

“Ini gambaran kita tua nanti,” tulisnya. - KitaReporters


27
21
0
25
0
You will be interested