Insan & Komuniti 25 Nov, 2023

Video| Pelik tapi benar! Mengidam lawat hospital terbiar! Berendam dalam sungai! Cuci keris pusaka!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Mengidam adalah kelaziman buat wanita yang sedang hamil. Dalam tempoh ini, mereka merasakan keinginan terhadap sesuatu seperti makanan dan minuman, melancong dan bermacam-macam lagi.

Namun, kadangkala ada sesetengah individu yang mengidam sesuatu yang pelik dan tidak masuk akal. Paling kasihan, si suamilah yang terpaksa menunaikan keinginan si isteri. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan keinginan isteri dapat dipenuhi.

Begitulah yang terjadi ke atas seorang wanita di Indonesia apabila dia mengidamkan sesuatu yang sangat pelik seperti melawat hospital yang terbiar. Kedengaran sangat menyeramkan tetapi apakan daya, itulah yang diinginkan dalam tempoh kehamilan.



Satu video menunjukkan wanita berkenaan sedang menunaikan keinginannya (mengidam) dengan membuat lawatan ke sebuah hospital terbiar. Video tersebut dikongsi oleh seorang pengguna TikTok dan menjadi tular.

Pada permulaan video, kelihatan seorang wanita memakai baju lengan panjang berwarna ungu memasuki sebuah bilik yang sangat gelap.

Dalam video tersebut terdapat naratif menjelaskan bahawa wanita tersebut sedang hamil. Dia dikatakan mahu memasuki hospital terbiar.



“Isteri saya mahu pergi ke hospital terbiar seorang diri pada tengah malam,” tulis naratif yang dimuat naik.

Selain itu, dalam video tersebut juga menunjukkan seorang wanita yang dipercayai orang sama sedang berendam di dalam air. Dalam video itu terdapat naratif bahawa ini dilakukan untuk memenuhi keinginannya semasa mengandung.



Seterusnya, video bertukar menunjukkan wanita itu sedang mencuci senjata yang dipercayai sebilah keris. Keris itu kelihatan diletakkan di atas bekas merah jambu dan kemudian digosok dengan tangannya.

“Ini adalah perkara yang paling pelik, keinginan untuk membersihkan harta pusaka,” tulis kapsyen dalam video tersebut.

Aksi wanita itu mendapat perhatian ramai netizen. 

Dalam ruangan komen, pelbagai andaian dilontarkan. Kebanyakannya bimbang tahap kesihatan mental wanita berkenaan. Namun ada juga berpendapat, ia adalah perkara normal buat seorang wanita yang mengidam. - KitaReporters


8
14
0
18
0
You will be interested