Insan & Komuniti 05 Jan, 2023

Video| Dah hilang akal ke? Tolak budak kecil ke landasan kereta api! Mujur tak ada tren! Kalau tak..

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this


TERKEJUT dan tiba-tiba riuh rendah terdengar suara meminta tolong! Begitulah keadaannya atau situasinya apabila berlaku sesuatu kejadian tak diduga atau peristiwa buruk.

Lebih-lebih lagi membabitkan nyawa seseorang yang kita kasihi seperti berlakunya kemalangan jalan raya, kebakaran, mati lemas dan sebagainya.

Di Oregon, Amerika Syarikat, kejadian yang tidak diduga berlaku apabila seorang wanita secara tiba-tiba menolak dari belakang seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sehingga terjatuh di atas trek landasan kereta api.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan kes-kes penganiayaan

Detik-detik cemas kejadian seorang kanak-kanak perempuan secara tiba-tiba ditolak dari belakang oleh individu tidak dikenali sehingga terjatuh di atas trek sebuah stesen kereta api di Oregon, Amerika Syarikat. - Skrin tangkap layar dari rakaman video CCTV.


Kejadian malang itu dikatakan berlaku pada 28 Disember 2022  selepas Pejabat Peguam Daerah Multnomah menyiarkan satu rakaman (footage) video mengenai peristiwa itu (tolak budak) di laman webnya.

Pejabat peguam berkata bahawa kanak-kanak itu, sedang menunggu kereta api bersama ibunya di platform (stesen kereta api Oregon) apabila seorang individu yang tidak dikenali bertindak melulu menolaknya ke atas landasan kereta api tersebut.

Suspek telah dikenal pasti dikenali sebagai Brianna Lace Workman berumur 32 tahun. Dalam video itu, wanita (penyerang) itu dilihat duduk di belakang gadis kecil itu di atas bangku sebelum dia menolaknya.



Insiden berlaku di platform MAX di Pusat Transit Gateway di Portland Timur Laut, Oregon, Amerika Syarikat

Ketika itu orang ramai (penumpang kereta api) tidak mengesyaki sesuatu buruk akan berlaku. Tetapi kejadian itu berlaku dengan begitu pantas dan tiada sesiapa yang menyedari perkara itu berlaku.

Perbuatan keji wanita itu jelas terbukti dapat dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen keretapi tersebut.

Suspek yang sedang duduk di bangku tiba-tiba bingkas bangun lalu menolak kanak-kanak itu sehingga terjatuh ke atas trek kereta api. Mujur tiada kereta api ketika itu.

Tidak diketahui punca insiden itu berlaku kerana kanak-kanak berkenaan tidak menunjukkan sebarang tingkah laku aneh itu tetapi dia seolah-olah diserang secara mengejut.

Ekoran kejadian itu anak kecil itu turut mengalami kecederaan apabila dia terjatuh dan langgar batu serta besi trek. 

Orang ramai yang sedang menunggu tren di platform, terkejut serta panik melihat insiden itu dan segera berlari untuk mengangkatnya dari landasan sebaik sahaja melihat dia sudah berada di bawah (di atas landasan kereta api). 

Namun kanak-kanak itu agak bernasib baik setelah mereka berjaya mengangkatnya semula ke atas platform kerana tidak beberapa lama kemudiannya kereta api pun tiba stesen itu. - KitaReporters


Lokasi kejadian di stesen kereta api Pusat Transit Gateway di Oregon, Amerika Syarikat- Foto kredit: KGW


Sumber: 

https://www.tribuneindia.com/news/trending/watch-chilling-video-shows-woman-pushing-3-year-old-girl-onto-rail-tracks-in-us-466962

https://www.livemint.com/

https://twitter.com/i/status/1609352746783612928

11
12
0
17
0
You will be interested