Insan & Komuniti 06 Mar, 2020

USTAZ KAZIM: SYUKUR, TERIMA KASIH CIKGU!!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
"TERIMA kasih cikgu-cikgu. Terima kasih semua staf sekolah." Kadang-kadang bila anak kita mencapai keputusan cemerlang, ramai ibu bapa lupa akan jasa dan sumbang bakti yang dibuat oleh guru-guru dan petugas-petugas lain di sekolah. Tapi bila terjadi salah laku guru atau cikgu "menghukum" pelajar-pelajar, terus jadi viral. : KitaReporters

Ustaz Kazim ucap terima kasih kepada guru-guru yang membantu anaknya mendapat keputusan cemerlang SPM. - Kredit foto FB Ustaz Kazim ( https://www.facebook.com/ustazmohdkazim/)

Anak kepada penceramah bebas Datuk Mohammad Kazim Elias memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikeluarkan pada Khamis, 5 Mac 2020.

Perkara itu dikongsi oleh Ustaz Kazim sendiri menerusi sebuah entri dalam akaun Facebook (https://www.facebook.com/ustazmohdkazim/) miliknya.

Kazim mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf sekolah anak perempuannya yang belajar di Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak.

Ustaz Kazim berkongsi kegembiraan dengan anak dalam Facebooknya Ustaz Kazim Elias

"Alhamdulillah... tahniah buat anak, terima kasih kepada guru-guru dan semua staf Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Ruangan komen pada entri tersebut dihujani ucapan tahniah para peminat Ustaz Kazim yang tumpang gembira.
Facebook Ustaz Kazim mempunyai 1.4 juta pengikut.

Tahniah buat anak Ustaz Kazim. Tahniah kepada Ustaz Kazim. Tahniah kepada guru-guru Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak. 

Tahniah juga kepada semua cikgu di seluruh negara yang menjadi "lilin dalam gelap" dan "pembakar semangat serta cita-cita" kepada kita semua. Kami sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan untuk guru-guru. - KitaReporters

Berdasarkan perkongsian itu, anak perempuan Ustaz Kazim memperoleh semua gred A dalam sembilan matapelajaran yang diambil. Tujuh daripadanya cemerlang tertinggi (A+) diikuti dua cemerlang tinggi (A).

2
2
0
0
0
You will be interested