Kisah Insan 21 Dec, 2020

Video| Kerani muda sekolah! Redah banjir demi anak-anak murid

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan bekas pemimpin pelajar, bekas pegawai sektor awam, korporat & komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan. Bekas editor portal berita dan pegawai khas.

Share this

LAZIMNYA, kita lebih gemar memilih untuk menceritakan segala jasa dan pengorbanan seorang guru mendidik anak murid hingga berjaya. Namun tidak pernah sekali kita berbicara tentang usaha-usaha para pembantu tadbir atau pembantu sekolah dalam menjalankan tugas mereka demi kelancaran sistem pendidikan tanah air. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan sekolah:

https://kitareporters.com/search?search=sekolah


Seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang lelaki bernama Syafiq Shazwan Juhen, 22, bukanlah seorang guru, walaupun hanya bergelar kerani sekolah, namun beliau tetap gigih membantu menghantar bahan latihan kepada 20 pelajar di sekitar kediamannya di Kampung Pituru Laut, Kota Belud, Sabah.

Kegigihan beliau yang baru sahaja setahun berkhidmat sebagai pembantu operasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan II Kota Belud, Sabah itu sehingga sanggup meredah tujuh kawasan banjir sejauh dua kilometer semata-mata mahu memastikan bahan latihan berjaya sampai ke tangan 20 pelajar berkenaan.



Kegigihan dan pengorbanan anak muda ini mula tular melalui rakaman daripada sahabatnya sendiri iaitu Hamidah Kauli, 43, dan Josua Janoh, 27, yang dikongsikan dalam laman media sosial mereka masing-masing.

Syafiq Shazwan berkata, dia melakukan tugas itu secara sukarela demi membantu pelajar sekolah dalam sesi pembelajaran dalam talian, apatah lagi dalam musibah pandemik Covid-19 ini.

“Itulah kali pertama saya membantu menghantar bahan latihan sekolah kepada murid sekitar kampung kediaman.

“Nasib tidak baik apabila hujan lebat dan banjir di kawasan kampung saya tetapi niat saya kuat untuk menghantar bahan latihan terbabit pada hari itu,” katanya ketika dihubungi pihak media sejurus selepas video beliau tular.



"Kebetulan pada tarikh itu, sekolah ada mengumumkan untuk ambil bahan latihan. Jadi, saya memutuskan untuk membantu pelajar menengah rendah sekitar kediaman memandangkan minggu itu musim hujan.

"Kawasan yang dilalui itu juga, jika banjir besar dan hujan tidak berhenti akan memakan masa hampir seminggu untuk surut," tambahnya lagi kepada pihak media.

Video berkenaan dirakam pada 7 Disember 2020 lalu yang pada hari berkenaan kawasan itu mengalami hujan yang cukup lebat sehingga menyebabkan banjir mencecah setengah meter dan keesokannya mencecah satu meter di kawasan kampung itu.

Kita berharap agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menghargai segala jasa dan pengorbanan para petugas di sektor pendidikan, bukan sahaja mereka yang bergelar pendidik, malah turut perlu diberi penghargaan adalah kepada mereka yang bergelar pentadbir dan pembantu. - KitaReporters


You will be interested

Tolong kami! Bantu Angah jaga abang kandung terlantar di katil! Sakit strok, diserang sawan!

Demi kasih seorang adik, Angah dan keluarga gigih jaga abang kandungnya Mohd Nazipu yang terlantar sakit di rumah di Rantau Panjang kerana penyakit strok, sawan

Isa Ramli in Kisah Insan 2 days ago

Pengantin pergi ke majlis kahwin naik motosikal! Pengantin perempuan rasa mabuk naik kereta!

Pengantin lelaki jemput bakal isterinya gunakan motosikal untuk ke majlis perkahwinan kerana pengantin wanita akan rasa mabuk jika naiki kenderaan beroda empat
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 15 hours ago

Janji ibu dan SPM! Terima kasih Cikgu Badariah! Semoga pengorbanan Haikal diberi-Nya kejayaan

Cikgu Badariah Mohd Mohaidin balas komen negatif netizen yang persoal kenapa jenazah ayah Muhammad Haikal Iskandar perlu dibawa ke sekolah. Itu janji ibu Haikal
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 1 day ago

Peringatan untuk semua! Angkara ketagih main online games! Budak 12 tahun mati akibat radiasi

Raden Tri Sakti, 12, dari Subang, Jawa dilapor meninggal dunia akibat gangguan saraf kerana radiasi sebab ketagih bermain permainan dalam talian (onlien games)
Ahmad Abd Hamid in Kisah Insan 1 day ago

Suami paksa isteri celup tangan dalam minyak panas! Untuk buktikan si isteri bercakap benar!

Di Paranda,daerah Osmanabad, Maharashtra, seorang suami dirakam paksa si isteri ambil duit syiling di dalam minyak panas sebagai bukti si isteri bercakap jujur
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 1 day ago