Insan & Komuniti 02 Mar, 2021

Video| 10 tahun menunggu untuk bertunang! Ajal menjemput beberapa jam sebelum majlis diadakan

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Jenazah Izyan Quratu Aini dibawa ke tanah perkuburan setelah meninggal dunia secara mengejut sebelum bertunang. - Kredit foto: Paparan video TikTok @napicangg


JODOH dan ajal semua adalah ketentuan Allah. Manusia hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.

Seorang gadis, Izyan Quratu Aini yang sudah 10 tahun bercinta merancang hari bahagia dengan kekasihnya bermula dengan mengadakan majlis pertunangan. Majlis pertunangan ditetapkan pada 28 Februari 2021.

Namun tanpa diduga, Izyan meninggal dunia dalam tidur beberapa jam sebelum majlis pertunangan berlangsung

Peristiwa sedih ini dirakam dalam video catatan oleh rakan Izyan, Anis Nafisa dalam akaun TikToknya @napicangg.


Lagi kisah-kisah sedih berkaitan meninggal dunia:

https://kitareporters.com/search?search=meninggal+dunia 





Dalam TikToknya. Anis memperlihat kedatangan rakan-rakan menziarah jenazah kawan perempuan mereka serta beberapa barangan hantaran yang sudah disediakan dan acara pengebumian Izyan.

Dalam satu lagi video, tunang Izyan didapati turut mengiringi jenazah hingga ke liang lahat dengan rasa sedih.




Video ini tular dan mendapat reaksi sedih daripada sejumlah warga net dan mengucap takziah kepada keluarga Izyan.

Namun tidak dinyatakan biodata Izyan, tempat dikebumi dan nama bakal tunang Izyan. - KitaReporters


0
0
3
0
1
You will be interested