Insan & Komuniti 28 Jul, 2021

Terima kasih ADUN! 520 keluarga peneroka FELDA Chalok Barat, Setiu terima sumbangan Aidiladha!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

SABRI Mohd Noor memunggah barang agihan daripada kenderaan untuk diagihkan kepada peneroka FELDA.


PENULARAN COVID-19 dalam kalangan komuniti memberi kesan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan peneroka yang tinggal di rancangan tanah seperti di FELDA kerana mereka juga tidak dapat melakukan aktiviti harian untuk mencari sumber rezeki

Keprihatinan pemimpin turun padang untuk melihat sendiri keperitan hidup ketika golongan berkenaan turut terkesan dengan COVID-19 sememangnya amat dialu-alukan dan disambut baik oleh semua peneroka negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Datuk Sabri Mohd Noor, bersama-sama Penyelaras DUN berkenaan mengambil tanggungjawab turun padang bagi menyampaikan sumbangan kepada kesemua keluarga peneroka di FELDA Chalok Barat, Setiu, Terengganu yang dikuarantin susulan penularan COVID -19.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Felda

Sabri Mohd Nor


SABRI bersama isteri Rashidah Jaafar menyampaikan sumbangan kepada seorang peneroka FELDA Chalok Barat, Setiu


Seramai 520 keluarga di FELDA terbabit menerima sumbangan berupa daging ibadah korban serta barangan dapur sempena sambutan Aidiladha.

Sebanyak 12 kenderaan digunakan untuk mengangkut barangan dari pejabat DUN di Pekan Sungai Tong ke FELDA Chalok Barat itu.

Sabri berkata, sumbangan kepada semua penduduk FELDA  tersebut amat penting memandangkan mereka tidak dapat menyambut Hari Raya Aidiladha serta menjalankan ibadat korban seperti penduduk kampung yang lain.


Sabri turun padang menyantuni peneroka yang terkesan akibat COVID-19.


"Suasana ibadah korban pada tahun ini amat berbeza berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini disebabkan penularan pandemik COVID-19. 

"Alhamdulillah, sebanyak 520 buah rumah berjaya kami agihkan sumbangan dan diharapkan ia dapat memberi sinar kegembiraan buat semua penduduk di FELDA Chalok Barat.

"Pemberian barangan dapur berserta daging korban ini dilakukan bagi mengurangkan sedikit bebanan tanggungan keluarga peneroka pada musim pandemik ini," katanya. 


Sabri dibantu isterinya mengangkat  barang-barang keperluan dapur untuk agihan kepada peneroka


Sabri juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Setiu kerana memberi kerjasama bagi menjayakan aktiviti tersebut.

Dalam pada itu, seorang peneroka, Mat Zin Yusof, 79, berkata, beliau berterima kasih kepada wakil rakyat itu kerana menghulurkan sumbangan kepada setiap keluarga peneroka. - KitaReporters


 

Anggota PDRM Setiu yang bertugas di SJR tidak terlepas menerima sumbangan dari Pejabat Penyelaras DUN Langkap, Setiu

2
0
0
1
1
You will be interested