Insan & Komuniti 13 Jul, 2021

Hero Besut "Awie" dapat motosikal roda tiga! Untuk guna bekerja! Sumbangan Muszleem Malaysia!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Mohd Izzat Mohd Zubir (kanan) menyerahkan kunci motosikal kepada Mohamad Najmi Daud.


TENTU ramai yang masih ingat kisah seorang pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU), Mohamad Najmi Daud, 32, dari Kampung Timur, Kuala Besut, Terengganu yang mempunyai kelebihan tersendiri dengan kemahiran menyelam dan membantu menyelamat mangsa lemas di dalam air.

Mohamad Najmi atau lebih terkenal dengan panggilan “Awie” dalam kalangan penduduk setempat juga diberi gelaran sebagai Hero Besut oleh penduduk setempat kerana banyak membantu mangsa lemas di daerah Besut. 

Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi kini menjadi popular di daerah Besut selepas kejayaannya menemukan mangsa lemas di dasar sungai berhampiran jeti kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besut, pada 9 Oktober 2020.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Najmi Daud

Awie menunjukkan tanda bagus selepas  mencuba menunggang motosikal yang diterimanya


Sikap berani dan keprihatinan Awie,kini mendapat perhatian ramai dan namanya menjadi sebutan netizen selepas berjaya mengesan mayat, Azman Che Mat, 45, kira-kira 10 minit selepas beliau menyelam, walaupun keadaan arus sungai laju dan air keruh ketika itu. 

Meskipun dia ditakdirkan Allah sebagai OKU, namun kemahiran menyelam dalam air amat dikagumi sehingga pihak keselamatan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  turut meminta khidmat beliau untuk mengesan mangsa lemas jika ada kes sama ada di laut atau sungai.

Sikap berani dan prihatin Awie yang sanggup terjun ke sungai untuk berusaha menyelamatkan mangsa lemas sehingga sanggup bertarung nyawa untuk menyelamatkan insan lain yang menimpa musibah menarik perhatian pelbagai pihak untuk menghargai sumbangan beliau.


Awie sedang menunggang motosikal roda tiga hasil sumbangan Muszleem Malaysia


Sebelum ini, Awie sudah mendapat sumbangan wang dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman; Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Besut; Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Besut; Institute Memandu Pakatan Besut dan Setiu dan pihak swasta.

Terbaharu, nasib Awie terus bersinar apabila tanpa diduga ada pihak yang tampil menghadiahkan beliau sebuah motosikal roda tiga bagi kegunaan beliau melakukan kerja mengangkut minyak.

Sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia yang bergerak atas nama Muszleem Malaysia bermurah hati menyumbangkan motosikal berkenaan bagi memudahkan Awie melakukan kerja-kerja harian

Pegawai Perhubungan Awam Muszleem Malaysia, Mohd Izzat Mohd Zubir berkata, motosikal berharga RM3,950 tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai kepada pertubuhan itu untuk diberikan kepada Awie.

Katanya, motorsikal jenama Honda EX5  itu diserahkan kepada Awie pada Sabtu, 10 Julai 2021.

Mohd Izzat berkata, Awie yang kini tinggal bersama ibunya seorang ibu tunggal walaupun mendapat bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi tidak mampu untuk membeli motosikal bagi kegunaan bekerja. - KitaReporters 


Awie dan ibunya berkongsi kegembiraan  selepas menerima motosikal sumbangan pertubuhan Muszleem Malaysia

9
4
2
2
1
You will be interested