Insan & Komuniti 30 May, 2021

Untunglah orang Kota Bharu! Vaksin dapat, duit pun dapat! Insentif RM20 galak terima suntikan

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


UNTUNG penduduk di Kota Bharu, Kelantan! Bukan sahaja dapat suntikan vaksin Covid-19 yang diberi percuma tapi juga dapat wang tunai RM20.

Wow! Seronoknya…

Saat semua terbatas dan ada yang ketiadaan kerja pada zaman Covid-19 membarah, nilai itu pasti sangat berharga… boleh ditukar dengan sekilo gula dan beras Siam. Inilah dinamakan rezeki!

Itulah inisiatif yang ditawarkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan kepada penduduk di kawasan itu. Semuanya dilakukan bagi menggalakkan rakyat terima vaksin Covid-19.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan vaksin Covid-19


Perkongsian menarik untuk rakyat Kota Bharu itu dimuat naik dalam Facebook miliknya baru-baru ini.

Berdasarkan poster dipaparkan dalam laman Facebooknya, syarat ditetapkan bagi membolehkan saguhati itu diberikan antara lain, mestilah terdiri daripada pengundi dalam Parlimen Kota Bharu.

Malah, bagi membuktikan mereka juga perlu membawa bersama kad pengenalan dan menunjukkan bukti pengesahan suntikan vaksin untuk mendapatkan insentif tunai itu.

Semua penduduk di Parlimen Kota Bharu yang melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan menerima RM20,” kata Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dalam Facebooknya.

Bukan itu sahaja pengangkutan percuma juga disediakan bagi penduduk yang tidak mempunyai kenderaan bagi menghadiri janji temu bagi mendapatkan suntikan.



Terbaiklah! Ini semua bagi menggalakkan rakyat terima vaksin.

Tuntutan wang tunai itu jelas beliau boleh dibuat di pejabat pusat khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu mulai 30 Mei 2021.

Ooo… Sempat lagi nih…

Sebelum ini, dilaporkan kira-kira 10,000 penduduk di Kelantan tidak menghadiri janji temu bagi mendapatkan vaksin.

Menyedari perkara itu membuatkan beliau menggunakan inisiatif berkenaan yang menjadikan kali pertama kepada rakyat di Kelantan dan di negara ini.

Timo Kasihlah YB!

Jom semua... Jangan lepaskan peluang terbaik nih! - KitaReporters


2
0
0
1
1
You will be interested