JODOH dan ajal itu ketentuan yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang tetapi Dia juga menentukannya. Kalau sudah namanya bukan jodoh pasti tidak ke mana.
Bercintalah puluhan tahun tetapi sudah ditulis dalam buku catatan dia bukan dicipta untuk kita. Itulah dinamakan takdir kehidupan.
Kisah sama berlaku di Jakarta apabila seorang pemuda merasakan dirinya ditipu hidup-hidup oleh kekasih hati yang dicinta yang berjanji untuk hidup mati bersama akhirnya curang dan memilih lelaki lain sebagai suami kepadanya.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan jodoh
Lebih menyedihkan pasangan berkenaan bercinta selama tujuh tahun dan merancang untuk bersatu dalam majlis yang indah.
Namun sudah ketentuan Allah, pasangan itu bukan jodoh yang sesuai menyebabkan wanita berkenaan memilih lelaki lain sebagai suaminya.
Video berkenaan tular dalam media sosial apabila lelaki berkenaan yang memakai jaket hitam dilihat berada dalam keadaan amat beremosi sambil memberitahu dia ingin bertemu dengan pengantin.
Kejadian yang berlaku pada majlis resepsi bekas teman wanitanya menjadi kecoh. Lebih mengejutkan lelaki tersebut mengamuk pada majlis perkahwinan teman wanita tersebut.
Namun lelaki malang itu bernasib baik apabila ahli keluarga terdekat yang berada di majlis berkenaan menahannya.
Syukurlah tiada kerosakan berlaku. Hanya satu hati yang robek dan kecewa!
Lebih sayu lelaki berkenaan dikatakan baru pulang mencari rezeki di Malaysia. Namun kepulangan tersebut 'disambut' berita sedih apabila kekasih hati terpaut cinta lelaki lain.
Malah sepanjang tujuh tahun di perantauan mereka bercinta secara jarak jauh.
Lebih menyedihkan lelaki berkenaan berhasrat untuk meminang teman wanita selepas bertungkus-lumus menyimpan harta di perantauan.
Inilah dikatakan bukan jodoh! Semoga digantikan dengan kekasih yang lebih sempurna. - KitaReporters