Insan & Komuniti 02 Nov, 2021

Video| Wanita miliki lebih 5k koleksi memorabilia Harry Potter! Diiktiraf Guinness World Records!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

Kredit foto-foto: IG welsh_wizarding_collector  (@Tracey Nicol-lewis)


SETIAP orang pasti memiliki hobi tersendiri, ada yang meminati membaca, bersukan, membeli belah dan bermacam-macam lagi.

Namun berbeza dengan seorang wanita  di London yang memiliki hobi unik itu mengumpul memorabilia Harry Potter.

Menariknya hobi yang dilakukan Tracey Nicol-Lewis agak luar biasa dan dilaporkan koleksi Harry Potter merupakan yang paling banyak di dunia.

Walaupun nampak lucu, namun hobi unik wanita berusia 43 tahun membawa tuah kepada dirinya sendiri. 


Lagi kisah menarik berkaitan pelbagai hobi


Kesungguhan wanita itu yang memiliki hobi unik itu membuatkan dia menerima pengiktirafan Guinness World Records (Rekod Dunia Guinness) selepas didapati mempunyai sebanyak 5,284 pelbagai memorabilia Harry Potter.



Wow hebatnya! berapalah kos yang diperuntukkan untuk memiliki kesemua koleksi ini kan?

Namun kalau dah minat, nilai barangan tidak lagi bernilai, janji dapat puas hati untuk memiliki.

Wow banyaknya!



Memetik laporan, Nicol Lewis mula mengumpul koleksi berkenaan sejak 9 tahun lalu iaitu 2002.

Lebih membanggakan memorabilia yang dimiliki antara lain terdiri daripada buku edisi khas, mainan, rantai kunci, replika barangan dan set lego.



Malah wanita dari Mid Glamoran, Wales itu berkata, dia memperuntukkan wang sebanyak 1,000 pound untuk membeli koleksi barangan berkenaan yang kebanyakannya tidak dijual di pasaran biasa.

Namun demi minat mendalam dia sanggup segala-galanya demi memuaskan mata sendiri, ujar wanita itu.



Wah bukan kaleng-kaleng himpunannya.. rupanya yang edisi terhad saja mesti harga pun bukan bisa-biasa kan?.

malah dia mengaku koleksinya itu harta yang sangat disayangi dan melebihi barangan lain.


Kini wanita itu berkata, semua koleksi itu diletakkan di dalam bilik dan dia telah mengkhaskan tiga bilik di kediamannya di Wales untuk meletak koleksi kesayangan.

Katanya lagi, walaupun suaminya tidak meminati Harry namun dia tidak menghalang minat dan hobi isteri tercinta.

malah kini anak lelakinya yang berusia juga menunjukkan ciri meminati hobi unik yang dimiliki ibunya sendiri. - KitaReporters



Kredit foto-foto: IG welsh_wizarding_collector  (@Tracey Nicol-lewis)

22
12
0
9
0
You will be interested