Insan & Komuniti 17 Mar, 2020

TENGOKLAH DUNIA!! PELAJAR IKBN PUN BERJAYA!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

MINATNYA bermula dengan menyolek rakan pasukan tarian Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Lok Yuk di Kudat, Sabah. Kini Nilam Sari Omar Baki, 49, bergelar usahawan kecantikan di Negeri Bawah Bayu. Nilam Sari juga mahu buktikan bahawa pelajar pusat latihan belia sepertinya pun boleh berjaya, jika berusaha! : KitaReporters


Anak sulong daripada lima beradik itu berjaya mengeluarkan produk kecantikan sendiri yang diberi nama Klarissa Universal Beauty.

Dia memulakan kerjayanya sebagai jurumekap selepas tamat pengajian dalam bidang seni solek selama setahun di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak (dulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia Kebangsaan, Peretak atau PLBP), Kuala Kubu Bharu, Selangor.

"Saya terpilih ke PLBP selepas berjaya dalam temu duga di bawah Jabatan Belia dan Sukan Sabah ketika itu (1985) bersama 25 pelajar lain dari semua jurusan untuk belajar kemahiran di Semenanjung," ulasnya ketika ditanya oleh wartawan.


"Selepas tamat pengajian saya bekerja di salon kecantikan di Kota Kinabalu selama empat tahun sebelum membuka perniagaan sendiri pada tahun kelimanya," katanya.

Nilam Sari terus bekerja keras untuk bersaing dan berkecimpung dalam bidang keusahawanan dengan membabitkan diri juga dalam bidang kontraktor secara kecil-kecilan.

Dalam mengejar impian untuk memiliki produk dan perniagaan sendiri, beliau turut menimba pengalaman dengan melanjutkan pengajian dalam bidang kecantikan di Jogjakarta, Indonesia selama dua tahun mulai 2000 hingga 2002.

"Pengalaman dan ilmu dalam bidang kecantikan dan spa akhirnya membuahkan hasil selepas mendapat bimbingan dan idea untuk menghasilkan produk sendiri daripada hasil yang terdapat di bumi Sabah," sambungnya.


Nilam Sari yakin usaha dan sokongan dalam kalangan rakan perniagaan terutama keluarga pasti akan merealisasikan hasratnya untuk bergelar seorang usahawan.

Ini diyakini dapat membuktikan kepada Jabatan Belia dan Sukan Sabah khususnya dan Kementerian Belia dan Sukan amnya bahawa pelajar kelahiran PLBP/IKBN mempunyai semangat yang tinggi serta seiring dengan usahawan-usahawan lain.

Hasil daripada perbincangan dengan rakan-rakan usahawan dan mendapat pula cadangan supaya menghasilkan produk kecantikan sendiri daripada hasil bumi di Negeri Bawah Bayu ini terutama beras, sengkuang, madu, lemon dan buah-buahan, maka tercetuslah untuk menghasilkan produk kecantikan yang dikenali dengan Klarissa Universal Beauty.


Bagi Nilam Sari, penjagaan wajah dan kulit pastinya lebih menyerlah dengan hasil bahan tempatan dan semula jadi terutama untuk kegunaan wajah dan kulit.

Antara produk kecantikan yang dihasilkan dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ialah Perfecting Moisturiser Cream, Whitening Liquid Face Wash, Moisturiser Liquid Face Wash dan Repairing Treatment Toner.

Penerima Anugerah Ikon Usahawan Cemerlang G3PNS Sabah 2019 ini juga berhasrat  membantu golongan lepasan universiti dan IKBN yang berminat dalam bidang kecantikan untuk membuka perniagaan atau menjadi ejen Klarissa Universal Beauty.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Nilam Sari melalui talian 0108806062 atau boleh melayari Instagram @klarissa_hq dan Facebook @Klarissa HQ untuk keterangan lanjut. - KitaReporters

6
4
0
0
0
You will be interested