Insan & Komuniti 29 Mar, 2020

RONALDO TAMPIL BANTU!! WUJUDKAN 3 WAD ICU

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
PADA saat dunia diserang pandemik COVID-19, ramai yang mulia hati telah menawarkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Terbaharu, superstar Juventus, Cristiano Ronaldo tampil bermurah hati untuk mewujudkan tiga wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di beberapa buah hospital di Portugal bagi membantu pihak berkenaan menangani wabak Covid-19 itu. : KitaReporters

HOSPITAL Santa Maria di Lisbon bakal menerima bantuan daripada Cristiano Ronaldo dan Jorge Mendes bagi kegunaan mangsa COVID-19. - Kredit foto: Dailymail


Memetik laporan euroweeklynews.com, Ronaldo bersama ejennya, Jorge Mendes akan mewujudkan dua wad ICU bersama 10 katil di Hospital Universiti Lisbon Utara (CHULN).

Pemberian berkenaan disebabkan keadaan sibuk di hospital berkenaan selepas ramai penduduk di kawasan tersebut dijangkiti pandemic yang berasal dari Wuhan, China.

Buat masa ini,  CHULN hanya mempunyai 77 buah katil.

Dalam masa sama, dua lelaki berhati mulia itu turut bercadang untuk menubuhkan satu wad ICU di Hospital Santo Antonio dengan kelengkapan 15 katil.

Ronaldo dan Mendes telah menyumbang pelbagai keperluan untuk kegunaan hospital termasuk 1,000 pelindung muka di Hospital Sao Joao, Portugal pada minggu lalu.


Buat masa ini, pihaknya telah menghubungi hospital berkenaan menyatakan keikhlasan untuk menyumbang alatan berkenaan.

“Ini adalah satu pelaburan yang sangat penting termasuk dengan lebih sedozen alat bantuan penafasan dan beberapa lagi kelengkapan lain yang akan digunakan di wad ICU,” kata Pengarah Bahagian Pembedahan, Eurico Castro Alves.

Sebelum ini, penyerang berusia 35 tahun itu, menawarkan beberapa hotel miliknya di Portugal untuk dijadikan hospital sebagai pusat rawatan wabak penyakit itu.

Hotel miliknya ditutup dan dijadikan hospital bagi memberikan rawatan kepada mereka yang dijangkiti wabak Covid-19, malahan petugas perubatan yang menjaga dan membantu pesakit turut dibayar elaun oleh Ronaldo.

Beliau memiliki hotel bertaraf empat bintang dengan harga penginapan £165 (RM775.50) semalaman di Funchal dan £195 (RM916.50) semalam di bandar raya Lisbon sebagai sebahagian daripada jenama CR7 miliknya

Setakat, Sabtu, 28 Mac 2020, Portugal dilaporkan mencatat sebanyak 5,170 kes positif Covid-19, manakala angka korban akibat penyakit tersebut bertambah kepada 100 orang. - Kitareporter

12
2
0
0
0
You will be interested