Insan & Komuniti 02 Apr, 2021

Video| Masih dikagumi! Permaisuri Selangor muncul dalam slot khas! Baca Berita Perdana Khas RTM

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this


Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membaca berita sempena ulang tahun RTM yang ke-75 pada 1 April 2021. - Kredit foto: RTM.


BAGI para penonton yang menyaksikan siaran Berita Perdana jam 8.00 malam di saluran 1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) mungkin agak terkejut kerana Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membaca berita perdana.

Kemunculan istimewa baginda yang tampil kira-kira 15 minit dalam slot Berita Perdana Khas dengan menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara, sempena sambutan ulang tahun RTM yang ke-75 pada 1 Aptil 2021.

Menurut laporan RTM, ini merupakan kemunculan kali pertama baginda membaca berita di kaca televisyen selepas ditabalkan menjadi Tengku Permaisuri Selangor sejak lima tahun lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan RTM


Keupayaan baginda Tengku Permaisuri Selangor membaca berita tetap dikagumi dan meyakinkan penonton RTM.


Penerbit Berita Perdana Khas RTM, Khairul Azli Rahim teruja dan berbesar hati atas kesudian baginda Tengku Permaisuri Selangor menyampaikan berita yang beliau sunting.

"Saya mewakili pihak produksi dan kru penerbitan berita RTM mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian baginda meluangkan masa menyampaikan berita kami hari ini," katanya yang turut dilaporkan oleh Selangorkini.my.

Tatarias wajah dan buasana Tengku Permaisuri Norashikin disediakan oleh Unit Imej dan Solek RTM.

Baginda yang melangsungkan pernikahan dengan Sultan Selangor, Sultan Sarafuddin Idris Shah Alhaj pada 31 Ogos 2016 di Masjid Di Raja Istana Alam Shah, Klang pernah berkhidmat bersama RTM. 

Baginda juga dinobatkan sebagai Penyampai Berita TV Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2005. - KitaReporters



Baginda tampil kira-kira 15 minit membaca berita mengenai isu semasa negara pada slot Berita Perdana Khas jam 8 malam di Saluran 1 RTM pada 1 April 2021.


Tengku Permaisuri Selangor,Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman bersama skrip berita yang baginda baca melalui slot Berita Perdana Khas di RTM yang disunting oleh penerbitnya, Khairul Azli Rahim.

6
0
0
0
0
You will be interested