Sheikh Abdul Rahman al-Sudais meraikan empat kanak-kanak berbuka puasa sunat di Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi. - Kredit foto: Haramain Sharifain.com, Arab News dan AKURAT.co.
KELUNAKAN suaranya yang boleh disifatkan sebagai "suara emas" semasa mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sewaktu mengimamkan solat fardu atau sunat selain membaca kitab suci al-Quran menjadi individu ini popular dan disanjung ramai.
Beliau yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Sheikh Abdul Rahman al-Sudais an-Najdi, Imam Masjidil Haram di Mekah Al-Mukaramah, Arab Saudi,
Dengan keistimewaan melalui kelunakan dan kemerduan suara yang dimiliki semasa mengalunkan bacaan al-Quran terutama sewaktu mengimamkan solat, Sheikh al-Sudais menjadi sanjungan juga kesukaan umat Islam di seluruh dunia.
Malahan dia juga bagaikan suatu magnet tarikan kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya lebih-lebih lagi sewaktu beliau mengimamkan solat fardu atau sunat (seperti tarawih) di masjid suci kiblat umat Islam itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Masjidil Haram
Sheikh Abdul Rahman merenjis minyak wangi di Hajarul Aswad ( Batu Hitam) sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan yang bakal menjelang.
Sheikh al-Sudais yang merupakan antara 10 orang Imam di Masjidil Haram ini lebih menonjol jika dibandingkan dengan mereka lainnya telah genap 38 tahun sebagai Imam di masjid tersebut pada Ahad 4 April 2021 lalu.
Beliau yang kini berusia 61 tahun juga dilantik sebagai Presiden Umum Pengurusan Dua Masjid Suci Haramain (Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah) oleh Raja Fahad Abdulaziz selaku Penjaga Akhir Dua Masjid berkenaan.
"Sebagai individu yang mulanya dilantik menjadi Khatib kemudian Imam Besar di Masjidil Haram dan kemudian Presiden Umum Pengurusan Dua Masjid Suci menjadi suatu kebanggaan masyarakat Islam dan penduduk negara berkenaan," lapor Haramain Sharifain.Com baru-baru ini.
Sheikh al-Sudais pertama kali menjadi Imam di Masjidil Haram sewaktu solat asar pada 22 Syaaban 1404 Hijrah/22 Mei 1984. Namun tidak ada rakaman mengenainya. Rakaman terawal beliau menjadi Imam ketika solat ialah selepas dua bulan perlantikannya.
Selepas dilantik sebagai Presiden Umum Pengurusan Dua Masjid Suci pada tahun 2012 Mashi atau 1433 Hijrah, beliau untuk pertama kalinya menjadi Imam di Masjidil Nabawi di Madinah dua tahun kemudian iaitu pada tahun 2014/1435.
Dengan diiringi anggota keselamatan Sheikh al-Sudais menuju tempat khas untuk mengimamkan solat fardu di Masjdil Haram,Mekah.
Sementara itu, Sheikh al-Sudais pada tahun lalu mendapat penghormatan mengetuai Majlis Khatam al-Quran pada bulan Ramadan untuk tahun yang ke-30 berturut-turut.
Kehebatan Sheikh al-Sudais terpilih dilantik sebagai Imam di Masjidil Haram sewaktu berumur 24 tahun dan khutbah Jumaat yang pertamanya pada bulan Julai 1984.
Menurut AKURAT.co yang memetik dari berbagai sumber melalui laporannya ,tokoh dari keturunan Anazzah ini menghabiskan waktu mudanya di Riyadh,ibu negara Arab Saudi. Dia memula belajar di sekolah rendah al-Muthana bin Harith kemudian ke Institut Sains, Riyadh dan Universiti Riyadh hingga memperolehi ijazah dalam bidang syariah.
Selepas itu, Sheikh al-Sudais berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Asas-Asas Islam dari Kolej Islam Imam Muhammed bin Saud (1987) dan PhD dari Universiti Umu al-Qura (1995).
Sekalipun jawatan yang dipegangnya sebagai Imam Besar Masjidil Haram tetapi Sheikh al-Sudais tetap di hati para petugas di masjid suci berkenaan. Beliau meluangkan masa meyantuni beberapa orang pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.
Bakat beliau dalam bidang al-Quran terserlah kerana sejak usia 12 tahun dia mampu menghafaz ayat-ayat suci di samping kelunakan dan kemerduan suara kurnian Allah.
Imam Besar Masjidil Haram ini mendapat didikan mengenai al-Quran dari beberapa tokoh yang mahir dalam bidang tersebut antaranya Sheikh Muhammed Abdul Majid Zakir dan Al-Sheikh Muhammed Ali Hassan.
Kerana jasanya dalam bidang al-Quran dan Islam beliau dianugerahi "Personaliti Islam Terbaik Ke-9" pada tahun 2005 oleh Jawatankuasa Penganjur Dubai International Holy Quran Award (DIHQA) Universiti Emirat Arab, Dubai, dipetik daripada laporan Arab News.
Semasa berada di Masjidil Nabawi,di Madinah beliau turut meyaksikan kerja-kerja sanitasi yang dilakukan oleh robot di masjid berkenaan.
Semasa menerima anugerah tersebut beliau menegaskan, Islam bukan agama pengganas atau penuh kekerasan untuk mnejaga hak asasi manusia, sebaliknya Islam adalah menjunjung kesederhanaan, keadilan, keamanan dan kebaikan.
Untuk itu umat Islam perlu menjaga imej Islam dengan baik dan wajar selain sebagai duta bagi menunjukkan nilai serta prinsip Islam yang toleran.
Sheikh Abdul Rahman al-Sudais yang lahir pada 10 Februari 1960 dikurniakan tiga orang anak lelaki hasil perkongsian hidupnya bersama Fahda Ali-Raouf. Ketiga-tiga mereka ialah Muhammed Al Khuzaim, Saad Al Mahameed dan Abdullah bin Abdul Rahman al-Sudais.
Didoakan semoga beliau dilanjutkan usia dan diberikan kesihatan berpanjangan untuk membolehkannya meneruskan bakti sebagai Imam Besar kepada umat Islam, lebih-lebih lagi di Masjidil Haram. - KitaReporters
Semasa penularan COVID-19 Imam Besar,Masjid Haram juga terpaksa mematuhi Prosedur Operasi Standard dengan melakukan pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke masjid tersebut.
Sebagai salah seorang tokoh penting di Dua Masjid Suci Haramain, Sheikh al-Sudais selalu mengadakan perbincangan dalam usahanya memestikan kedua-dua masjid tersebut sentiasa dipertingkatkan pengurusannya.