Insan & Komuniti 12 Oct, 2020

Hari ini nikah esok jadi balu! Wanita menangis di pelaminan!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

AJAL maut adalah antara rahsia Allah SWT yang kita tidak tahu bila akan datang menjemput. Sebagai orang Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang baik. Bagi yang masih hidup, kematian insan tersayang sememangnya menyedihkan. Namun, kehidupan perlu diteruskan dan kita perlu reda menerimanya. : KitaReporters

Pengantin sempat bergambar bersama selepas akad nikah.


Lagi cerita-cerita berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Kisah seorang wanita yang kehilangan suami selepas baru sehari berkahwin boleh dijadikan iktibar bahawa mati itu pasti dan ia datang tidak kira masa.

Kisah sedih ini berlaku di negara jiran, Indonesia dan menjadi tular dalam media sosial. Namun, tiada sumber memberitahu nama dan lokasi kejadian secara terperinci.

Sejurus selepas akad nikah, pengantin lelaki tiba-tiba jatuh sakit.


Hari bahagia yang ditunggu-tunggu, akhirnya menjadi episod duka dalam hidupnya apabila lelaki yang baharu saja sah bergelar suaminya jatuh sakit dan meninggal dunia keesokan harinya.

Seorang pengguna media sosial yang mendakwa dirinya adik kepada pengantin perempuan menceritakan, ketika kejadian kakak dan abang iparnya itu baru sahaja selesai akad nikad dan tiba-tiba abang iparnya itu jatuh sakit lalu dikejarkan ke hospital.

Pengantin lelaki terpaksa dimasukkan ke hospital kerana tiba-tiba jatuh sakit.


"Tidak berpeluang menikmati hari bahagia pada hari majlis perkahwinan kakak saya, suami meninggalkannya selama-lamanya. Saya harap kakak saya kuat," ujarnya.

Ketika ditanya oleh netizen, pemilik akaun tersebut menjawab, pengantin lelaki tiba-tiba jatuh sakit ketika pergi ke lorong setelah menyelesaikan proses akad nikah.

"Tiba-tiba dia sakit selepas akad nikah. Sedangkan sebelum ini dia dalam keadaan sihat," jawabnya.

Setelah suami dikejarkan ke hospital, pengantin perempuan terpaksa meneruskan majlis resepsi sendirian kerana undangan perkahwinan telah diedarkan.



Namun, yang menyedihkan ialah bagaimana pengantin perempuan terpaksa melayan tetamu yang mahu bergambar dengannya. Walaupun sedih dan risau suami berada di hospital, namun kerana tidak mahu menghampakan permintaan tetamu, dia terpaksa menurutinya.

Gambar-gambar dalam keadaan sedih ketika hari persandingan tersebar dan tular. Sudah tentu tidak mudah baginya untuk melalui saat-saat menyedihkan itu sehingga akhirnya dia tidak dapat menyembunyikan kesedihannya itu dengan deraian air mata.

Ajal maut adalah rahsia Allah SWT.


Lebih menyedihkan, keesokan hari, suaminya telah disahkan meninggal dunia. Baru sehari bergelar raja sehari, esoknya bergelar seorang balu. 

Rata-rata netizen berdoa agar pengantin perempuan kuat menghadapi cubaan yang menimpanya. - KitaReporters

0
0
1
0
1
You will be interested