Insan & Komuniti 22 Oct, 2020

Apa lagi yang kita mahukan? Kita suka nilai dari luaran saja

@noraini wahab
Dedicated mommy. Suka menulis dan masih menulis.

Share this

TIAP bait kata-kata pelawak Salih Yaacob kali ini cukup serius apabila berbicara soal agama. Tiada lagi unsur humor yang diselitkan, kerutan pada wajah dengan ayat-ayat yang meluncur keluar daripada mulutnya jelas menunjukkan kebimbangan apabila rata-rata lebih gemar menilai agama hanya daripada ‘kulit’ dan tidak jelas akan ‘isi’ sebenar. : KitaReporters


 


Lagi cerita-cerita berkaitan pelawak:

https://kitareporters.com/search?search=pelawak


Jelas pelawak berusia 59 tahun ini, kadangkala manusia hanya membaca Al-Quran tanpa beramal sepenuhnya kepada ajaran Allah SWT. Malah tidak mengambil insiatif untuk mendalami maksud yang disampaikan. 

“Apabila belajar agama, bukan satu peringkat sahaja. Bukan hanya menelaah dari kulit buku, namun dalami isinya. Selepas isi, baca maknanya dan fahami maksudnya. Jauh perjalanan untuk mempelajari agama dan sebab itu belajar memerlukan masa berpuluh-puluh tahun, barulah dapat bertemu cahaya keimanan. 

"Kita bukan hanya menyebut saya beriman dan sudah mencukupi. Allah anugerahkan ilmu, tenaga supaya kita boleh beramal dengan sempurna. Jangan sesekali wujud riak dan sombong terhadap amalan yang dilakukan. 

“Kita sentiasa melihat hanya di permukaan. Hanya menilai daripada kulit dan terlupa melihat isinya. Orang selalu membaca al-Quran tetapi tidak memahami maksud yang terdapat di dalamnya, tidak mengikut ajaran yang diturunkan. Ini yang selalu kita lalai dan terlupa. Kita tidak tahu di mana kemenangan,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.


 


Reda akan takdir kehilangan kerja sejak tahun lalu, jelasnya, Allah telah tentukan yang terbaik dan ini bahagian rezeki yang telah ditulis. 

“Sebagai manusia yang dilahirkan dan hidup di muka bumi ini, Allah telah rancang segala-galanya untuk hamba-Nya. Kita hanya perlu reda dan bersyukur atas apa yang berlaku. 

"Allah SWT telah menetapkan rezeki sejak daripada dalam perut sehinggalah kita meninggal dunia. Apa lagi yang kita mahukan? Cukuplah kita bersyukur atas segala yang dikurniakan. 

“Hidup dan mati kita semuanya kerana Allah sehinggalah ke liang lahad. Allah telah berikan semuanya untuk kita, sama ada kita bersyukur atau tidak, terpulang kepada diri masing-masing,” ulasnya lagi. 

Terdahulu, Salih meninggalkan konti sebagai penyampai radio sejak Mei 2019 lalu dan mengakui masa terluang banyak digunakan bagi muhasabah diri ke arah yang lebih positif dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested