MAJLIS persaraan Cikgu Noorlaily Md Salleh yang bertugas sebagai pegawai ‘ School Improvement Specialist Coach’ (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kubang Pasu, Jitra, Kedah lebih bermakna dengan kehadiran bapanya Md Salleh Hashim, yang juga seorang pendidik, untuk menyaksikan anaknya melakukan ‘punch out’ kali terakhir. : KitaReporters
Saksikan... Md Salleh Hashim (berkerusi roda) menyaksikan anaknya, Noorlaily Md Salleh 'punch out' pada hari terakhir bekerja di PPD Kubang Pasu.
Lagi cerita-cerita berkaitan guru:
https://kitareporters.com/search?search=cikgu
Walaupun berkerusi roda bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru Alor Star turut hadir untuk menyaksikan sendiri anaknya ‘punch out’ kad perakam waktu yang disaksikan bersama oleh PPD Kubang Pasu Mahadzir Ismail, pegawai-pegawai PPD dan rakan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Nyior.
Noorlaily Salleh turun dari pentas bila melihat bapanya datang ke majlis persaraan beliau.
Cikgu Noorlaily menamatkan perkhidmatannya selepas bertugas selama 38 tahun di beberapa sekolah antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Pedu, SK Megat Dewa, SK Jitra, SMK Megat Dewa dan SMK Pulau Nyior sebelum ditukarkan ke PPD Kubang Pasu.
Beliau yang ditemui berkata, majlis persaraan ini lebih bermakna kerana bapanya turut hadir untuk menjemput dan menyaksikannya ‘punch out’ kad perakam waktu.
‘Saya merasakan amat bertuah kerana hari terakhir bertugas sebagai penjawat awam bukan sahaja diraikan oleh rakan-rakan sepejabat dan sekolah malah yang lebih bermakna kehadiran bapa saya," ujarnya dengan linangan air mata kegembiraan.
Beliau menamatkan perkhidmatannya pada umur 59 tahun enam bulan dan telah bertugas sebagai warga pendidik selama 38 tahun. - KitaReporters
Noorlaily Md Salleh menerima cenderamata daripada Pegawai PPD Kubang Pasu Mahadhir Ismail.