Insan & Komuniti 21 Apr, 2022

Video| Lapan tahun bina 'istana' di atas pokok! Lelaki ini digelar 'Tarzan'! Kerana desakan hidup!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


GARA-GARA tidak tahan diganggu oleh penduduk yang sering mencuri barangan miliknya, seorang lelaki di Karachi, Pakistan nekad untuk menjadikan sebatang pokok sebagai istana kepadanya untuk menumpang teduh.

Penghijrahan Farman Ali ke atas pokok yang dianggap istana kepadanya bermula selepas ibu bapanya meninggal dunia.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kemiskinan


Pada awalnya Farman terpaksa hidup merempat di jalan serta sering diganggu selepas barangannya dicuri lalu dia mengambil keputusan untuk mencari kebahagiaan sendiri dengan membina pondok kecil di atas pokok.

Kini selepas lapan tahun tinggal di atas pokok, Farman diberi jolokan 'Tarzan of Karachi'.

Memetik Odditycentral.com, Farman menjadi tular dalam media sosial beberapa minggu lalu selepas rakaman ‘rumahnya’ yang luar biasa tersebar di seluruh dunia.



Netizen yang melihat kagum dengan kesungguhan Farman yang tinggal di dalam rumah di atas pokok dalam tempoh lama namun hakikatnya lelaki itu mengakui dia tiada pilihan selain terpaksa tinggal di situ.

Dilaporkan lelaki berkenaan sebelum ini kehidupannya sempurna memiliki isteri namun disebabkan kesusahan diri yang dialami menyebabkan isterinya lari meninggalkan dirinya.

Sejak itu Farman yang mencari nafkah dengan pelbagai kerja termasuklah kerja mencuci kereta dan membersihkan luar rumah demi sesuap nasi untuk dirinya sendiri.

Kini walaupun tinggal bersendirian dia bahagia caranya. Masa seharian dihabiskan untuk mencari rezeki selebihnya digunakan untuk berehat di istana ciptaan sendiri.



Pondok buatan Farman diperbuat daripada buluh, kayu dan pintu lama untuk melindungi dari panas serta hujan.

Menariknya, istana ciptaan Farman turut dilengkapi sinki kecil, ketuhar untuk memasak dan lampu kecil berkuasa bateri dan pengecas telefon.

Kini masanya digunakan untuk mencari kekayaan dengan bekerja keras dan selepas dia akan berehat di istana ciptaannya sendiri.

Walaupun ciptaan unik dan lain daripada kebiasaan individu lain namun dia akui bahagia dengan cara yang dipilih.

Semoga Farman bahagia dengan hidupnya..biarlah apa yang dipandang orang lain janji kita tidak ganggu orang lain bahagia cara kita sendiri.

Terbaiklah Bro! - KitaReporters



15
13
0
11
0
You will be interested