Insan & Komuniti 09 May, 2022

Rindu kampung halaman! Rakyat Malaysia bertakbir raya di Abu Dhabi! Perhimpunan kecil tapi meriah!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Rakyat Malaysia bertakbir raya Aidilfitri di Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi, UAE pada 2 Mei 2022.
Antara rakyat Malaysia di Kedutaaan Malaysia di Abu Dhabi.

Lebih 70 rakyat Malaysia bertakbir raya Aidilfitri di Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2 Mei 2022 lalu.

Alumni Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak Kuala Kubu Bharu, Mohd. Afiq Azhad Abdul Manap, 28, ketika dihubungi berkata, walaupun komuniti rakyat Malaysia ini kecil namun sambutan Hari Raya Aidilfitri tetap meriah.

“Kami berkumpul sambil bertakbir dan kemudian menjamu selera dengan pelbagai hidangan di Kedutaan Abu Dhabi,” ujarnya lagi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Mohd. Afiq Azhad Abdul Manap (kanan) di kedutaan.


Menikmati juadah Hari Raya Aidilfitri.

Afiq Azhad yang bekerja sebagai tukang masak pelbagai citarasa Melayu di Malaysia sebelum ini berhasrat untuk terus mengembangkan ilmunya dalam bidang masakan ini di luar negara sebelum membuka perniagaan sendiri.

Anak kelahiran Jitra, Kedah ini yang pernah dinobatkan sebagai Johan Barista Championship 2016 berharap semua rakan dan rakyat Malaysia mendoakan agar impiannya tercapai satu hari nanti.


Masakan Afiq menjadi tarikan pengunjung restoran.


Anak kelahiran Jitra, Kedah ini yang pernah dinobatkan sebagai Johan Secret Recipe Barista Championship 2016.

Sementara itu Afiq Azhad yang juga lulusan jurusan fotografi dari IKBN Peretak kini sibuk menyiapkan gambar-gambar untuk promosi Satay Jaybee (Johor Bharu) yang dimiliki oleh rakyat Malaysia Norizam Tukiman dari Johor.

Walapun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri tetapi masakan ibu dan kerinduan terhadap keluarga dan rakan-rakan tetap menjadi kesedihan terutama ketika alunan takbir raya bergema. - KitaReporters


Restoran Satay Jabee di Abu Dhabi yang dimiliki rakyat Malaysia, Norizam Tukiman dari Johor (kanan).

Kerinduan pada ibu tercinta Rashadah Abdul Hamid pada pagi raya tetap dirasai.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri tetapi masakan ibu dan kerinduan terhadap keluarga dan rakan-rakan tetap menjadi kesedihan terutama ketika alunan takbir raya bergema.

11
13
0
12
0
You will be interested