ALLAHUAKHBAR!! Usaha mencari tiga beradik yang dikhuatiri lemas setelah dipercayai mandi-manda di Sungai Terengganu di Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu di Terengganu pada lewat petang Rabu, 27 Mei 2020 yang terletak kira-kira 300 meter dari kediaman mereka terus giat dijalankan. : KitaReporters
Tiga beradik yang dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu lewat petang dalam kejadian pada 27 Mei 2020.
Umar Iskandar Mohd, 21, bersama dua adik lelakinya, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim,16, dikatakan berkunjung ke sungai sekitar jam 6 petang sebelum tragedi malang berlaku lebih kurang setengah jam kemudian.
DSP MOHD ADLI MAT DAUD
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan (DSP) Mohd Adli Mat Daud berkata, insiden melibatkan tiga beradik itu disedari empat pemancing yang berada di seberang sungai selepas terdengar jeritan meminta tolong.
"Terdahulu pemancing tersebut melihat kesemua mangsa mandi-manda di sungai sebelum sekitar jam 6.30 petang, mereka dikejutkan dengan suara orang menjerit meminta tolong daripada salah seorang mangsa.
"Sejurus kemudian pemancing berkenaan bergegas menaiki motosikal menaiki jambatan untuk ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.
"Dalam 10 minit kemudian mereka sampai dan didapati ketiga-tiga mangsa telah hilang.
"Pemancing tersebut bertindak memaklumkan kepada penduduk kampung dan kemudiannya dimaklumkan kepada pihak berkuasa," katanya.
Operasi mencari dan menyelamat turut disertai Unit Anjing Pengesan(K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 28 Mei 2020.
Tambah Mohd Adli, hasil pengecaman oleh bapa mangsa, Mohd Ismail, 64, telah mengesahkan beberapa barang yang ditemui termasuk pakaian, selipar dan telefon, adalah milik anaknya.
Katanya lagi, operasi bermula pada Rabu malam, 27 Mei 2020 melibatkan pencarian di permukaan serta di sekitar tebing sungai dengan 41 kekuatan anggota melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM). - KitaReporters