Insan & Komuniti 12 Jan, 2021

Video| Bercinta dalam Alamak.com! Suami isteri Indonesia letak nama Dot Com kepada anak-anak!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

GARA-GARA berkenalan dan bercinta dalam dunia Internet, sepasang suami isteri dari Indonesia nekad mengabadikan nama anak-anaknya dengan nama akhiran Dot Com yang menyerupai nama laman web sebagai mengingati perjalanan percintaan mereka. Unik kan? : KitaReporters


KELUARGA BAHAGIA... Miftachul Aridin bersama isterinya,Tutik Lestari dan anak-anaknya menjadi tular berikutan meletakkan nama unik sebagai memperingati kisah percintaan mereka. - Kredit foto: sindonews.com.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Indonesia:

https://kitareporters.com/search?search=Indonesia


Itu yang berlaku kepada pasangan dari Desa Cerme Kidul, Gresik Jawa Timur apabila meletakkan nama akhiran anak-anaknya dengan cara yang sangat luar biasa. 

Memetik laporan sindownews.com, pasangan guru, Miftachul Arifin dan Tutik Lestari sebelum ini berkenalan secara dalam talian pada tahun 1999 sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.


UNIK nama anak-anak yang mempunyai akhiran Dot Com.


@wakelotkangcopet88

Balas @karinluluwill masih langka aku kan wek🤣

♬ original sound - kajirama88 - dotcom


Katanya, pemilihan nama unik yang mempunyai akhiran Dot Com itu dibuat sebagai mengenang perjalanan kisah percintaan dengan isterinya kerana berkenalan secara dalam talian menerusi laman web Alamak.com.

Kini tiga anaknya memiliki nama yang unik dan luar biasa iaitu anak lelaki sulungnya dinamakan Salsabila Shofwah Alamak Dot Com, diikuti anak kedua Mustaghfirin Nazhmi Ramadhan Dot Com dan terakhir anak ketiga diberi nama Daffa Fawwaz Robbani Dot Com.


ANAK-anak mengaku pernah malu dengan nama yang luar biasa yang diberikan o9leh ibu bapa mereka kerana sering menjadi bahan ejekan kepada rakan-rakan di sekolah, namun kini bertukar menjadi bangga dengan nama tersebut. - Kredit foto: Tribunnews.com.


Wah kreatifnya!

Pasangan itu berkata mereka pada awalnya sangat bimbang dengan pemilihan nama unik berkenaan kerana risau anak-anak akan malu. 

“Awalnya saya khuatir anak-anak akan malu menyandang nama unik tersebut. Namun kerana niat mahu mengenangkan perjalanan kisah kami jadi diteruskan dan akhirnya bersepakat memberikan tambahan nama unik Dot Com,” katanya.



Sementara itu anak lelaki sulungnya, Salsabila Shofwah Alamak Dot Com mengakui menjadi bahan jenaka kepada rakan-rakan di sekolah kerana memiliki nama yang agak pelik.

Tapi kini keadaan menjadi bertukar dan mengaku bangga dengan nama yang diberikan ibu bapanya mampu membuatkan dirinya semakin dikenali berikutan nama yang unik dan memiliki ramai kawan.

Kisah unik berkenaan dikongsikan dalam aplikasi tiktok oleh anak peremuan tunggalnya sebelum menjadi tular. - KitaReporters

2
1
0
3
0
You will be interested