Kisah Insan 07 Feb, 2021

Tolong kami! Bantu anak-anak miskin ikuti PdPR! Selangor rancang nak beri peranti untuk B40!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Kemudahan anak-anak belajar melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan lebih terjamin bila program bantuan peranti yang dirancang oleh Kerajaan Selangor menjadi kenyataan dalam masa terdekat.


DALAM  era pendidikan norma baharu melalui Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) yang dijalankan sejak sesi persekolahan pada 20 Januari 2021 lalu, golongan pelajar pada peringkat sekolah rendah dan menengah terpaksa menggunakan alat peranti seperti tablet, telefon pintar serta laptop (komputer riba) untuk memboleh mereka belajar melalui dalam talian.

Bagaimanapun bagi anak-anak keluarga miskin dalam kategori B40 yang kurang mampu menghadapi masalah untuk mengikuti pembelajaran melalui konsep ini dengan selesa kerana sebahagian besar keluarga berkenaan tidak dapat menyediakan alat peranti yang mencukupi bagi anak-anak mereka lebih-lebih lagi yang berkeluarga besar dan mempunyai anak ramai bersekolah.

Berikutan itu, secara tidak langsung membuatkan anak-anak terlibat tidak dapat mengikuti PdPR dengan tenang dan selesa kerana terpaksa bergilir menggunakan alat peranti  bersama adik beradik yang lain.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan PdPR:

https://kitareporters.com/search?search=PdPR


Selangor merancang untuk wujudkan program bantu sediakan peranti dalam usaha memberi kemudahan anak-anak miskin mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah dalam tidak lama lagi.


Menyedari keadaan ini Kerajaan Selangor merancang  untuk menyalurkan bantuan alat peranti termasuklah tablet, telefon pintar dan laptop kepada anak-anak keluarga miskin bagi memudahkan mereka akses pelajaran masing-masing secara dalam talian.

Bantuan tersebut bakal dilaksanakan secepat mungkin setelah perbincangan mencari mekanisme yang sesuai dapat diputuskan segera, kata Exco Kerajaan Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud di Seksyen 7 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor pada Sabtu 6 Februari 2021.

Menurutnya, buat masa ini kerajaan negeri  belum dapat melaksanakan rancangan tersebut kerana perlu mengkaji strategi dan kaedah sesuai serta benar-benar berkesan terlebih dahulu sebelum ia diberikan kepada anak-anak miskin yang memerlukan.

Malahan beliau jelaskan antara faktor yang menjadikan rancangan  itu belum dapat dilaksanakan kerana sukar mendapatkan bahan peranti terutama tablet dan laptop di pasaran termasuk yang terpakai kerana terlalu berkurangan sekarang.


Sebahagian penduduk yang terjejas semasa PKP 2.0 di Seksyen 7 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan menunggu giliran menerima sumbangan bantuan yang disampaikan oleh Dr Siti Mariah Mahmud (depan, kanan). - Kredit foto: Hazril Harun.


Bagaimanapun, menurut Pengerusi Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor itu, usaha untuk menjayakannya akan dijalankan secepat mungkin dalam konteks memberi manfaat kepada anak-anak memerlukan bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran melalui PdPR dengan selesa dan meyakinkan.

Disebabkan terpaksa mengikuti pelajaran melalui kaedah PdPR sama ada pada peringkat sekolah rendah dan menengah, bahan peranti merupakan 'nadi' untuk mereka belajar semasa era PKP 2.0 dan pandemik COVID-19.

Yang lebih membebankan dan menjadi masalah dengan pelaksanaan PdPR ialah keluarga B40 dan golongan kurang mampu untuk menyediakan peralatan peranti kepada anak-anak.

Selain kerajaan negeri dan agensi-agensinya, diharap akan ada badan NGO menjalankan inisiatif menghulur bantuan pembelian peranti berkenaan dalam menyelesaikan permasalahan tersebut.

Sebelum itu, semasa menyampaikan sumbangan bantuan PKP 2.0 di bawah program Sumbangan Peduli PKP DUN Seri Serdang kepada 50 penduduk di Seksyen 7 Lestari Perdana, Dr Mariah memberitahu pihaknya diberikan peruntukan dana khas oleh kerajaan negeri untuk bantuan kepada mereka yang terjejas semasa PKP kali ini.


Antara barangan keperluan asas yang disumbangkan melalui program Sumbangan Peduli PKP DUN Seri Serdang yang disampaikan oleh Dr. Siti Mariah Mahmud (depan, kanan) untuk penduduk terjejas semasa PKP 2.0 di Pekarangan Bilik Gerakan KRT Seksyen 7 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai.


Katanya, bagi kemudahan mereka yang terjejas selain sumbangan bantuan secara bersemuka dan dalam talian, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di Puchong Utama dan Taman Seri Serdang juga menyediakan 'meja khas' bagi mereka mengambil barangan bantuan berkenaan.

Beliau menasihatkan orang ramai sentiasa waspada dan berhati-hati terutama kalangan warga emas ketika pandemik yang masih belum diketahui bila akan berakhir kerana wabak ini sudah ada dalam komuniti penduduk.


Dr Siti Mariah membantu seorang penduduk memasukkan sepaket telur semasa menyerahkan sumbangan bantuan PKP kepada salah seorang penduduk terjejas.


 "Selain mematuhi SOP yang disarankan, kita juga perlu mengawal diri daripada keluar rumah atau menyertai perjumpaan melibatkan orang ramai kerana ini antara kaedah berkesan mengekang penularannya selain menjaga kesihatan kendiri," ujarnya.

Pada sebelah pagi, beliau juga menyampaikan bantuan di bawah program yang sama kepada 50 penerima di Kampung Tengah dan Kampung Kenanga dalam Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Majlis Bandaraya Subang Jaya Zon 8 dan 50 penerima yang terjejas akibat PKP 2.0 di Puchong Permai A-17 dan A-20.Puchong.

Beliau berharap dengan adanya bantuan yang diterima dapat meringankan beban terpaksa dihadapi disebabkan PKP 2.0 berikutan COVID-19. - KitaReporters


 

Salah seorang penduduk Seksyen 7 Lestari Perdana menerima sumbangan PKP yang disampaikan oleh Dr Siti Mariah Mahmud.

0
2
0
0
0
You will be interested

Video| Tabik spring kakak ni! Terjatuh masa buat catwalk! Tapi model tetap profesional di runway!

Tular video seorang model atau peragawati yang terjatuh ketika peraga baju sehingga jadi tarikan ramai tapi wanita itu teruskan acara dengan penuh profesional

Video| Alhamdulillah! DS Vida dan Ahmad Iqbal berdamai! Ikhlas bermaafan! Buka lembaran baharu!

Pergaduhan antara DS Vida bersama bekas pembantu beliau, Ahmad Iqbal Zulkefli pernah jadi tumpuan rakyat Malaysia. Tapi kini mreka sudah berdamai dan bermaafan
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 2 days ago

Enggan beri pinjaman! Majikan parah dipukul pekerja sendiri! Kini bertarung nyawa di hospital!

APABILA manusia terdesak menyebabkan mereka tergamak melakukan apa sahaja, kadan
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 2 days ago

Video| Demimu anak! Ayah terjun ke tasik selamatkan anak perempuan! Tindakan spontan dapat pujian!

Tular video perlihat seorang anak kecil terjatuh ke dalam sebuah tasik dan tindakan spontan daripada ayahnya yang terus terjun ke bawah untuk selamatkan anaknya
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 3 days ago

2 Dekad Cinta Tanpa Sempadan! PERNIM sambut ulang tahun ke-18! Norlina Alawi lancar buku autobio!

Kehadiran bayi yang ditolak keluarga kandung itu buka hati Norlina Alawi untuk tubuhkan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM)
Rahana MD in Kisah Insan 3 days ago