Kisah Insan 04 Feb, 2021

Terima kasih tujuh Zon KRT Hulu Langat! Ringankan beban mangsa banjir di Temerloh dan Mentakab

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


SEMANGAT ingin menolong tidak mengira sempadan malah sikap keprihatinan menjadi pendorong kepada ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Hulu Langat, Selangor mengumpul sumbangan untuk membantu mangsa banjir di daerah Temerloh dan Mentakab, Pahang pada 30 Januari 2021 lalu.

Hasil kegigihan ahli dari tujuh zon KRT daerah itu berjaya mengumpul pelbagai barangan keperluan asas seperti makanan dan bantal, selimut, pakaian terpakai untuk lelaki, wanita serta kanak-kanak, tuala mandi, sejadah serta al-Quran.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan KRT:

https://kitareporters.com/search?search=KRT



Zon KRT berkenaan ialah Balakong, Dusun Tua, Ampang, Pandan, Sungai Ramal, Semenyih dan Kajang.

Sumbangan itu diperoleh dalam kempen di setiap zon KRT dilaksanakan beberapa minggu lalu dan mendapat kerjasama serta sokongan yang amat baik daripada penduduk di kawasan KRT terbabit yang diagihkan kepada mangsa banjir di tujuh kampung daerah berkenaan.


Che Nordin Ismail


Penyelaras Program Misi Pascabanjir Pantai Timur 2021 itu, Setiausaha KRT Suadamai Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Che Nordin Ismail, berkata barangan yang dibawa dengan lori itu diserahkan kepada Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Seri Mohd Sharkar Shamsudin di pejabat UMNO Bahagian Temerloh.

Sumbangan barangan itu kemudiannya akan diagihkan kepada Tok Empat kampung terbabit untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang dikenal pasti.



Sebagai simbolik Mohd Sharkar Shamsudin menerima sumbangan bantuan banjir KRT Daerah Hulu Langat, Selangor.


Menurutnya, langkah itu sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik Covid-19 yang ditetapkan selain melarang sukarelawan yang terbabit pasukan pascabanjir berkenaan berhubung rapat dengan penduduk kampung terbabit.

“Saya berasa bangga apabila ahli KRT dan sukarelawan yang terbabit dalam urusan penghantaran sumbangan itu dapat melaksanakan tugas mereka dengan sempurna, yang paling penting mereka mematuhi SOP ditetapkan pihak berkuasa tempatan,” kata Che Nordin.



Pengerusi KRT Suadamai BTHO, Profesor Dato' Dr Abdul Rahim Mohamed turut turun padang dengan membantu kerja-kerja memunggah barangan sumbangan ke dalam lori.


Che Nordin berkata, program misi anjuran KRT Zon Balakong itu secara tidak langsung juga mengeratkan hubungan dan semangat perpaduan antara ahli zon KRT terbabit yang turut membuktikan mereka boleh bekerjasama dalam kerja amal bagi membantu penduduk ditimpa musibah.

Menurutnya, Jawatankuasa Sejiwa KRT Zon Balakong dengan dibantu oleh sukarelawan pasukan pascabanjir misi itu bertungkus lumus mengorbankan masa serta tenaga dalam kempen mengumpul sumbangan terutama mendapatkan pakaian terpakai dengan kerjasama ahli KRT zon lain. 

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan misi ini walaupun dalam situasi kekangan pandemik Covid-19 dan PKP sekarang serta ahli KRT Suadamai BTHO yang merupakan penyumbang terbesar,” katanya. - KitaReporters 



Sukarelawan Pasukan Pascabanjir KRT Daerah Hulu Langat gembira dapat melaksanakan misi bantuan banjir di Temerloh dan Mentakab.

You will be interested

Video| Terbaiklah Azrin Fazni! Bantu Uncle 'Ah Sai' dari gelandangan hingga dapat pekerjaan!

Tular kisah oleh seorang lelaki yang jadi gelandangan akibat hilang pekerjaan sehingga dia tiada tempat tinggal. Namun dia dibantu seorang lelaki yang baik hati

Ziona Chana meninggal! 39 isteri hilang suami serentak! Pengganti 'Dinasti Chana' mula dicari!

Ziona Chana diketahui miliki 39 isteri, 94 anak, akhirnya menamatkan legasinya apabila meninggal dunia ketika usia 76 tahun pada 13 Jun 2021 di Mizoram, India
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 3 hours ago

Video| Jadi badut jalanan demi sara ibu, adik! Pelajar 15 tahun diketawa, diusik rakan, jiran!

Tular kisah pilu pelajar sekolah bernama Cindy berusia 15 tahun tapi terpaksa curi waktu terbatas bagi cari wang demi keluarga dengan jadi badut jalanan di Jawa
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 4 hours ago

Demi tradisi keluarga suka nama unik! Bapa namakan anak lelaki HTML! Simbolik kerjaya si ayah!

Di Manila, seorang bapa, bekerja sebagi pereka web, menamakan anak lelaki yang baru dilahirkan dengan nama HTML atau nama penuhnya Hypertext Mark-up Language
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 1 day ago

Berita Terkini| Anggota bomba sedang padam kebakaran diserang! Suspek dakwa bomba lambat tiba!

Seorang anggota bomba sedang padam kebakaran rumah cedera ditumbuk seorang lelaki dalam kejadian di Lawas, Sarawak  
News Editor 2 in Kisah Insan 1 day ago