Insan & Komuniti 26 Mar, 2022

Video| Keluarga Malaysia: Program Kasih 21 Hari! PAKAT, 115 NGO catat rekod MBOR bantu geladangan!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


Pengarah Pemasaran MBOR, Jwan Heah dengan disaksikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon turut menyampaikan sumbangan.


ADA yang bertongkat, ibu bersama anak-anak perempuannya dan makcik yang sudah uzur beratur untuk mendapatkan sumbangan yang diedarkan oleh badan kebajikan bukan kerajaan (NGO) dalam satu acara terbesar dalam sejarah negara dan dicatatkan dalam The Malaysian Book of Records (MBOR)

Program yang menepati aspirasi Keluarga Malaysia ini bertujuan membantu geladangan yang terjejas akibat Covid-19 sejak dua tahun lalu.


Lagi cerita-cerita sedih berkaitan gelandangan


Pakcik tua bertongkat terima sumbangan makanan.


Seorang makcik juga tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan bekalan makanan.



Macam-macam gelagat, ramai yang tidak sabar menunggu giliran sampai diberitahu oleh anggota polis bekalan makanan sangat cukup kerana sumbangan sangat banyak dan semua yang hadir, akhirnya tersenyum riang selepas menerima bungkusan nasi, air mineral dan air kotak.

Malah di sudut kelihatan seorang ibu dengan tiga anak perempuannya sedang mengira sumbangan itu cukup atau tidak, selepas selesai "berebut" mendapatkan sumbangan yang disampaikan oleh tetamu istimewa termasuk artis dan orang kenamaan.


Kita dapat apa?...Ibu bersama tiga anaknya melihat sumbangan yang diterima. Mereka menyewa di Chow Kit.


Malah ada beberapa pemerhati memberitahu KitaReporters mereka yang datang itu bukan saja geladangan malah penduduk sekitar Chow Kita yang tahu tentang majlis berkenaan. 

Ada tu, berulang alik beberapa kali beratur semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan berkenaan. Penganjur sangat bertolak ansur malah ada polis yang mengawal keadaan meminta diberikan lebih daripada sebungkus makanan kepada seorang penerima.

Mereka termasuk antara beratus-ratus orang yang datang pada malam kemuncak penutupan Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan pada 22 Mac 2022

Program anjuran bersama Persatuan Muafakat Darul Ehsan (PAKAT) dengan kerjasama 115 NGO bertemakan "Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai".

Geladangan ini mula berkumpul sejak  jam 6 petang. Penghuni ini kerap diibaratkan seperti 'tikus kota'  yang menghidupkan kota raya waktu malam. Mereka menerima jemputan untuk berkumpul di Alka Ria, Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mengambil bekalan nasi, minuman dan barangan sumbangan berbentuk pakaian terpakai dan al-Quran.


Alhamdulillah rezeki


Selain itu, penaja sumbangan itu turut menerima sijil penyertaan NGO yang terbesar di negara ini daripada Pengarah Pemasaran MBOR, Jwan Heah dengan disaksikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Ketua Pengarah Program, Dato Seri Nor Hasnal Hashmi dalam satu kenyataan memberitahu program Mesra Gelandangan dengan tema Sucikan Diri, bermula 2 Mac hingga 22 Mac 2022. Ia bermula jam 8 hingga 10 malam setiap hari di kawasan Masjid Jamek, Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan Jalan Ipoh.


Tercatat sebagai acara terbesar negara membabitkan geladangan.



"Ramai bertanya kenapa buat 21 hari. Satu kelainan dan alhamdulillah daripada 101 NGO yang turut serta awalnya, meningkat menjadi 115 pertubuhan. Oleh kerana ini kali pertama kami bergabung dan jumlahnya yang ramai, terus kami diberi peluang untuk mencatatkan acara ini dalam MBOR," katanya.

Nor Hasnal berkata sepanjang program itu 40 NGO mengambil bahagian dan mereka menyantuni geladangan dengan mengedarkan 200 pek makanan dan kit kebersihan diri. Sebanyak 4,500 pek bungkusan disalurkan sepanjang tempoh program itu.

Selain itu, kata Nor Hasnal, PAKAT berharap dapat mengembangkan usaha mengadakan program yang sama membantu geladangan di luar Kuala Lumpur bagi mendedahkan peserta NGO mengetahui punca sebenar berlakunya orang-orang yang tinggal di jalanan, sekali gus dapat menghindarkan persepsi negatif  masyarakat.

"Ia juga bertujuan melatih ahli NGO membentuk pembangunan insaniah dalam diri dan mewujudkan rasa simpati dan empati dalam diri mereka supaya memikirkan penyelesaian kepada masyarakat termasuk membantu agensi kerajaan membawa geladangan ke pusat kemahiran agar dapat berdikari," katanya. - KitaReporters


Pelawak Abon dan penyanyi Zureda antara tetamu yang menyampaikan sumbangan penaja.


19
10
0
6
0
You will be interested