Insan & Komuniti 08 Jan, 2022

Pemuda dibelasah, diikat pada pohon mangga! Disyaki curi wang tabung masjid masa solat subuh!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

PELAKU ditangkap oleh kariah masjid selepas dipercayai terbabit untuk mencuri wang diaritabung masjid di Jawa Tengah pada 4 Januari 2022. - Kredit Foto : Tribunnews.com


NASIB malang seorang pemuda apabila dia dibelasah oleh beberapa orang kariah masjid sebelum diikat pada sebatang pokok mangga selepas dipercayai pemuda terbabit didakwa datang mencuri wang dari Tabung Amal Masjid Ashabab, Perumahan Lido Permai, Desa Cabury, Kecamatan Cigombong, Kabupaten Bogor, Jawa Tengah pada waktu subuh 4 Januari 2022 lalu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6 pagi, beberapa jemaah datang ke masjid bekenaan untuk mendirikan solat subuh tetapi terkejut apabila terlihat pelaku yang bernama AR sedang mencungkil tabung untuk mengambil wang yang berada di tabung amal itu.

Melihat tingkah laku AR yang dalam keadaan mencurigakan menyebabkan beberapa jemaah itu telah menghampirinya lalu menangkap pelaku (suspek) terbabit.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan mencuri

SELEPAS dibelasah, pelaku diikat di sebatang pohon mangga berhampiran masjid. - Kredit foto: Tribunnews.com


Dipetik dari TribunWow.com berkata akibat tidak sabar dengan perbuatan pemuda itu yang mencuri wang pada waktu sembahyang subuh telah mengakibatkan beberapa jemaah menjadi berang dan bertindak memukul pelaku sebelum mengikat dirinya di pohon mangga berhampiran masjid tersebut. 

Pemuda tersebut dikatakan tidak sempat mencuri wang di tabung amal itu kerana perbuatannya telah disedari para jemaah yang datang agak awal sedikit untuk mendirikan solat subuh.

Selepas itu, pelaku yang berasal dari Cidahu, Sukabumi itu diserahkan kepada pihak polis.


PELAKU yang disyaki mencuri wang tabung masjid. - Kredit foto : Tribunnews.com


Sementara itu, seorang warga, Udin Syamsu berkata, suspek ditangkap ketika dia sedang mencungkil wang di tabung berkenaan.

"Awalnya kedatangan pelaku yang tidak dikenali ke masjid itu sudah mencurigai kami.

‘’Dia datang bukan untuk mendirikan solat subuh berjemaah sebaliknya dia datang dengan ada niat untuk tujuan lain. Nasib baik kami sudah sedar perbuatannya,’’ kata Udin.


Kredit foto : Tribunnews.com


Berikutan dengan kejadian itu, katanya, beberapa warga lain yang mengetahui kejadian itu turut datang untuk memukulnya kerana mereka sakit hati terhadap pelaku.

‘’Ketika warga memukul pelaku itu, dia tidak melawan mungkin dia sedar kerana kesalahannya datang mencuri wang di masjid itu,’’ katanya.  - KitaReporters


PEMUDA terbabit diikat di sebatang pohon mangga. - Kredit foto: Tribunnews.com

14
9
1
9
0
You will be interested