Insan & Komuniti 14 Jan, 2021

Babi betul! Wanita cedera disondol babi hutan ketika pergi raban ayam! Terkepung sebab banjir

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

SEORANG wanita mengalami detik cemas apabila disondol seekor babi hutan ketika rumahnya di Kampung Batu Sawar, Bukit Besi, Dungun, Terengganu terkepung oleh air banjirNoor Rila Wati Othman, 54, menganggap pengalaman mengerikan itu tidak akan dilupakan kerana ia amat menakutkan dan pertama kali berlaku ke atas dirinya. : KitaReporters


Noor Rila Wati Othman menceritakan sesuatu kejadian yang menimpa dirinya kepada Ghazali Sulaiman


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan babi:

https://kitareporters.com/search?search=babi


Kejadian berlaku pada 10 Januari 2021 ketika beliau ke reban ayam untuk mengambil telur untuk dijadikan lauk sewaktu terkepung banjir pada minggu lalu.

Katanya,  ketika itu rumah beliau  tidak dinaiki air, tetapi tidak boleh ke mana-mana kerana terputus hubungan apabila jalan utama yang menghubungkan ke Bukit Besi dan juga ke Dungun tidak boleh dilalui.

Beliau berkata, semasa pergi ke reban untuk mengambil telur ayam tidak disangka babi tersebut ada di bawah rumah.




Ghazali (dua dari kiri) turut menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada salah seorang penduduk Kampung Batu Sawa, Bukit Besi, Dungun


“Saya panik apabila terlihat babi yang begitu besar dan tidak tahu berbuat apa-apa apabila haiwan tersebut meluru menyondol perut saya dan dengan pantas cuba mengelak yang mengakibatkan saya mengalami luka pada pergelangan tangan," katanya.

Berikutan kejadian itu, dia kemudiannya segera menelefon Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Batu Sawar, Khaziman Khalik bagi mendapatkan bantuan membawanya dengan pacuan empat roda bagi mendapatkan rawatan segera di Klinik Felda Jerangau.

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius dan dirawat sebagai pesakit luar sahaja pada kejadian yang menimpa dirinya,” katanya.


Ghazali Sulaiman


Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman yang bersimpati dengan nasib wanita tersebut turut menziarahi mangsa ini di kediamannya bagi menyampaikan sedikit sumbangan banjir pada 12 Januari 2021. 

Katanya, kejadiann itu mungkin dianggap kecil kepada setengah pihak tetapi bagi mangsa ia satu sejarah yang mungkin sukar dapat dilupakan. - KitaReporters

1
1
1
1
0
You will be interested