Insan & Komuniti 20 Jan, 2021

Terima kasih Yayasan Astro Kasih! Sumbang 60 troli pendidikan untuk kanak-kanak wad pediatrik

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

PANDEMIK Covid-19 telah memberi impak yang besar terhadap tahap penjagaan pesakit di hospital. Antara yang terkesan sudah tentu pesakit di wad pediatrik (kanak-kanak) melibatkan pergerakan kanak-kanak dibatasi dengan penjarakan fizikal dan sosial, khususnya dalam usaha agar mereka terus bersemangat untuk belajar ketika sedang menerima rawatan. : KitaReporters


(Dari kiri) Roger Heng, Tammy Toh, Nur Yasmin Nan Rahimi dan Che Tom Sabri pada majlis penyerahan troli pendidikan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Astro:

https://kitareporters.com/search?search=astro


Sehubungan itu, Yayasan Astro Kasih menyumbangkan 60 biji troli pendidikan untuk wad pediatrik di seluruh negara sepanjang bulan Januari 2021 ini. 

Troli pendidikan itu dilengkapi dengan alat pembelajaran serta buku-buku menarik seperti set alat tulis, permainan, buku aktiviti kanak-kanak dan buku cerita yang sebahagian disumbangkan oleh kakitangan Astro dan sebahagian lagi ditaja oleh BookXcess dan Faber Castell. 

Turut menaja, IDC Global Holdings Sdn Bhd (Virochem) yang menyumbangkan Dispenser Air Cahaya UV Panas & Dingin untuk beberapa hospital terpilih di sekitar kawasan Lembah Klang.



Yayasan Astro Kasih merupakan yayasan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah Astro Malaysia. dengan msi untuk mengembangkan projek-projek yang memberi impak inovatif dan mampu merubah hidup komuniti dan masyarakat demi meningkatkan kualiti hidup dan hasil sosioekonomi.

Troli pendidikan yang pertama diserahkan oleh Tammy Toh, Pengarah Komunikasi Astro yang mewakili Astro Kasih kepada Nur Yasmin Nan Rahimi, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan yang mewakili pengurusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Hadir bersama pada majlis penyampaian sumbangan berkenaan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IDC Global Holdings Sdn Bhd, Roger Heng dan Che Tom Sabri (Pengurus Jururawat, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan) HCTM.

“Troli selebihnya akan dihantar ke wad pediatrik lain di seluruh negara dan kami di Astro berharap sumbangan troli pendidikan ini mencetuskan kebahagiaan dan memberi semangat kepada anak-anak ketika menerima rawatan di wad pada masa yang mencabar ini,” ujar Tammy.

Menurutnya, sempena meraikan ulang tahun Astro ke-25, pihaknya berbesar hati memberikan penghormatan kepada rakyat Malaysia dan pelanggan yang setia menyokong  perjalanan Astro.

“Pelanggan Astro adalah rakan kami dalam perjalanan demi untuk berkhidmat kepada masyarakat dan  Astro Kasih beriltizam untuk mendorong anak-anak di wad-wad pediatrik agar terus bersemangat untuk belajar melalui buku-buku dan aktiviti yang menarik," tambah Tammy penuh harapan.



Sementara itu, Nur Yasmin yang menerima sumbangan troli pertama daripada Astro Kasih itu mengucapkan ribuan terima kasihnya mewakili pihak pengurusan HCTM UKM di atas sumbangan yang dberikan kepada pesakit kanak-kanak di wad pediatriknya.

“Anak-anak sedang melalui fasa yang sukar bagi mereka dengan berada jauh dari sekolah, jadi sumbangan ini pasti akan membuat anak-anak lebih teruja dan boleh mendorong mereka untuk cepat sembuh,” kata Nur Yasmin.

Semoga anak-anak ini segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan, Terima kasih daun keladi Astro Kasih! - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested