Insan & Komuniti 01 May, 2021

Terbaiklah IPD Besut! Buka kios untuk agih barangan dapur percuma kepada asnaf, fakir miskin

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Abdul Rozak Muhammad (dua dari kanan) memegang banner promosi program sumbangan kepada golongan asnaf


“Polis Dan Masyarakat Berpiasah Tiada”. Itulah slogan yang begitu sinonim dan menjadi amalan kehidupan harian antara anggota pasukan keselamatan tersebut dengan orang ramai dalam menghadapi apa juga keadaan.

Sebaliknya, ungkapan keramat tersebut bukan sekadar satu slogan malah ia sering dipraktikkan oleh anggota dan pegawai keselamatan dalam pasukan berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Abdul Rozak

Kios yang menyimpan barang-barang kepeperluan diletakkan di hadapan IPD Besut, Kampung Raja untuk kemudahan asnaf datang mengambilnya.


Pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, Terengganu, membuktikan mereka mengamalkan slogan tersebut apabila melancarkan Program “Food Bank” (Bank Makanan) untuk membantu masyarakat di daerah itu

Program berbentuk sumbangan kepada golongan asnaf, fakir miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan mereka yang kurang berkemampuan itu menjadi sebahagian tanggungjawab sosial IPD Besut kepada masyarakat setempat.


Abdul Rozak Muhammad


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, program yang julung kali diadakan oleh IPD Besut hasil cetusan pegawai dan anggota pasukan yang ingin melihat pihaknya sentiasa peka dan prihatin dengan masalah yang dihadapi masyarakat. 

Katanya, atas semangat ingin membantu dan mencari keredaan Allah pegawai dan anggota IPD berkenaan bermuafakat mengumpul dana dan membeli barangan keperluan dapur untuk diwakafkan kepada mereka yang memerlukannya.

Beliau berkata, program yang dilancarkan pada 28 April 2021 sempena bulan Ramadan menyediakan pelbagai jenis barangan dapur untuk mereka yang terkesan dengan COVID-19


Penduduk yang memerlukan barangan keperluan tidak putus-putus datang mengambilnya di kios yang disediakan


“Pihaknya membuka sebuah kios di hadapan IPD Besut untuk simpanan barang-barang keperluan dan mereka yang memerlukannya bolehlah datang mengambilnya dari jam 10 pagi hingga jam 5 petang,” katanya.

Mereka yang memerlukan barang-barang berkenaan bolehlah datang mengambilnya pada waktu yang ditetapkan itu.

“Bagi masyarakat Daerah Besut yang berminat untuk beramal juga bolehlah menyumbangkan apa jua barang keperluan kering di kios yang telah disediakan itu di hadapan pintu utama IPD Besut bagi membantu dan memeriahkan program tersebut,” katanya. 

Abdul Rozak berkata, selepas dua hari program itu diperkenalkan, pihaknya bangga kerana ada golongan yang memerlukan telah datang untuk mengambil barang-barang yang mereka perlukan. - KitaReporters


Sekumpulan wanita datang ke kios di IPD Besut dan memilih barang-barang yang diperlukannya 

8
1
0
1
0
You will be interested