Insan & Komuniti 09 Aug, 2021

Diiringi syahdu! Pemimpin negara ketuai ratusan ribu ucapan takziah buat Siti Sarah Raissuddin!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Siti Sarah Raissuddin ke atas kepulangannya ke rahmatullah pada jam 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos 2021.

Akhbar Sinar Harian menyiarkan kenyataan rasmi Istana Negara pada Isnin yang memaklumkan Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga pelawak Shuib Sepahtu atas pemergian isterinya, Siti Sarah Raissuddin.


Lagi cerita-cerita suka duka berkaitan Siti Sara



Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia hari ini. - Foto FB Istana Negara


Sekitar 1.45 tengah hari, jenazah Siti Sarah Raissuddin selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak. Cuaca di sana pun nampaknya redup je. 

Kata Perdana Menteri, khabar duka kehilangan Siti Sarah, anak seni yang cukup berbakat meninggalkan suami dan empat anak termasuk seorang bayi dalam keadaannya bertarung nyawa di hospital amat memilukan, bukan sahaja ahli keluarga dan para peminatnya, bahkan seluruh rakyat Malaysia termasuk saya turut bersedih. 

“Marilah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solehah. Semoga Allah SWT terus melindungi dan memberi kekuatan kepada kita semua untuk berjuang memerangi pandemik ini. Insya-Allah,” katanya dalam catatan dalam Facebook beliau pada Isnin, 9 Ogos 2021.

Ketika ini, selain rakan-rakan selebriti dan warga industri seni hiburan tanah air menitipkan salam takziah menerusi media sosial, dalam Twitter sohor kini dengan sejumlah 157,000 pelayar menyebut dan berkongsi kebaikan Allahyarham Siti Sarah.



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
mengucapkan takziah atas pemergian penyanyi, Siti Sarah Raissuddin melalui ciapan di Twitter beliau hari ini.

“Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terkorban akibat Covid-19,” tulisnya.

Pendakwah bebas dan dermawan, Ustaz Ebit Lew dalam entri Instagram, Ebit memberitahu, penyanyi lagu Kesetiaan itu pernah menawarkan diri untuk membantu membayar beberapa rumah sewa orang miskin. 

“Ya Allah sedihnya rasa. Insya-Allah, Shuib, Siti Sarah serta anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga Firdaus.

“Sarah banyak kali tanya kepada saya ingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan. Semoga Allah beri syurga Firdaus padanya. Sabar ya Shuib, Allah sayang. Insya-Allah,” katanya.



Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim
turut mengutuskan ucapan takziah dengan catatan oleh Najib sangat menyentuh hati Netizen.

"Innalillahiwainnailaihirojiun, Ini satu berita yang amat mengejutkan dan menyedihkan. Setiap hari saya ikuti perkembangan Covid-19. Tak sangka akan ke pengakhiran begini. Remuk hati saya membaca kisah-kisah kematian ahli keluarga tercinta di media sosial." katanya Najib dalam Facebooknya.

Beliau menukilankan kisah arwah Siti Sarah amat menyentuh hati. Seorang ibu yang mengandung tabahkan dan kuatkan diri meIahirkan seorang bayi, sebelum pergi buat selamanya. 

"Dijemput oleh Pencipta. Meninggalkan suami, anak-anak kecil juga. Satu keluarga yang bahagia. Kini kehiIangan ibu dan isteri. Arwah seorang yang baik dan penyayang. Takziah Shuib Sepahtu atas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin, dan kepada seluruh ahli keluarga juga," tulis bekas Perdana Menteri.



Shuib memandu sendiri kenderaan membawa jenazah isterinya. - Gambar FB Superfren.




Kredit foto: Media sosial


Sementara itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, dia dan tiga anaknya, Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6, sempat melihat air mata berjuraian di pipi arwah isterinya ketika membuat panggilan video dan Sarah seolah-olah memahami apa yang diungkapkan.

“Dengan bantuan jururawat dan doktor, saya membuat panggilan vdeo, itulah kali terakhir saya dan anak-anak dapat menatap wajah arwah ketika masih bernyawa.

“Ketika itu, saya nampak air mata berlinangan di pipinya, seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengannya," katanya kepada BH Online ketika ditemui di kaunter bilik jenazah HCTM, pagi tadi, 9 Ogos 2021.

Shuib berjanji akan menjaga empat anaknya termasuk bongsu mereka, Ayash Affan, yang selamat dilahirkan menerusi kaedah pembedahan walaupun hatinya ada berasa bimbang.



Ustazah Asma' Harun (gambar atas) Penaung NGO Sahabat Amal Care, memberitahu antara petanda wanita mendapat husnul khatima adalah meninggal dunia ketika bersalin, taat pada suami dan meninggalkan apa yang disayanginya untuk mendapat Rahmat Allah SWT.

Siti Sarah meninggalkan bidang hiburan, berubah selepas berkahwin dan mengenakan busana Muslimah serta berusaha menjadi isteri yang baik dan taat pada suami.

Katanya, arwah memberikan yang terbaik buat keluarga suami dan keluarganya, menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya. 

Malah ketika berbicara tentang hijrahnya, arwah mohon doa agar istiqamah menjadi wanita Muslimah Solehah yang baik. Allahu Akbar, moga Husnul Khatimah.. Amin!!




Sementara itu seorang rakan artis, Naim Daniel dalam Twitter memohon agar semua membuat memori hidup kerana keadaan wabak terkini menyebabkan nyawa seakan-akan rapuh dan hilang tanpa amaran. - KitaReporters


0
0
2
0
0
You will be interested