Insan & Komuniti 11 Apr, 2020

TAK KESAMPAIAN!! NAK RAKAM DUET SITI-GLENN

@rosalinda said
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Kuala Lumpur dan cawangan Kuala Terengganu.

Share this

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menceritakan pernah berbincang untuk merakamkan lagu duet bersama Glenn Fredly semasa pertemuan di Indonesia pada 2019. Namun hajat tersebut tidak kesampaian apabila penyanyi yang popular dengan lagu Januari itu meninggal dunia akibat radang selaput otak pada petang Rabu, 8 April 2020. : KitaReporters


Siti Nurhaliza berkongsi perkara itu dalam Instagram Stories pada malam hari Rabu, 8 April 2020,  di samping memuat naik video pertemuan mereka.

“Saya sempat bertemu beliau sewaktu konsert tour di Jakarta. Kita berbincang mahu duet dan kolaborasi lagu.

"Seorang yang punya nilai peribadi yang baik dan rasa hormat yang tinggi,” katanya.

Tangkap layar Instagram Stories perkongsian Siti Nurhaliza tentang Glenn. (https://instagram.com/ctdk?igshid=1v5medqqifk1k)


Siti Nurhaliza yang juga ibu kepada Siti Aafiyah Khalid mengadakan konsert, Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada 21 Februari 2019.

Terdahulu dalam hantaran sebelumnya, beliau berkata, Glen merupakan antara penyanyi lelaki yang dihormati dan diminati hingga kini.

“Salah seorang penyanyi yang saya hormati dan minati dulu dan kini telah pergi meninggalkan kita semua.

"Salam takziah dan semoga keluarga terus tabah,” katanya.

Tangkap layar Instagram Stories perkongsian Siti Nurhaliza tentang Glenn. (https://instagram.com/ctdk?igshid=1v5medqqifk1k)


Pemergian Glenn bukan sahaja mengejutkan industri muzik Indonesia, malah meruntun hati ramai peminat dan rakan seperjuangan kerana penyanyi berusia 44 tahun itu baharu bergelar bapa lebih sebulan lalu kepada Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo.

Glenn atau nama penuhnya, Glenn Fredly Deviano Latuihamallo meninggal dunia di Rumah Sakit Setia Mitra, Cilandak, Jakarta Selatan pada pukul 6 petang waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia) pada Rabu, 8 April 2020. - KitaReporters

1
0
1
0
0
You will be interested